Jan 052015
 

Kepada pengguna iPhone dan iPad, pasti mencari-cari accesories yang sesuai untuk gajet Apple masing-masing. Namun adakalanya barang yang dibeli tidak berfungsi seperti sepatutnya.

(Info) Jangan Beli New Lightning Camera Connection kit 2

Sama seperti dalam kes admin. Dalam tahun 2013, admin telah membeli sejenis aksesori Apple iaitu ‘New Lightning Camera Connection Kit’ dengan harga mencecah RM69. Beli pulak di sebuah cawangan penyedia talian telefon bimbit tempatan di pasaraya Mydin Ayer Keroh, melaka.

Sedikit info tentang ‘benda alah’ tersebut; ianya mempunyai beberapa port untuk memasukkan kad memori seperti SH(HC), Micro Sim(MS), Multimedia Memory Card (MMC), M2 dan TransFlash atau micro SD card. Port USB juga ada untuk disambungkan dengan keyboard atay pen drive. Ada beberapa fungsi alat ini iaitu:

  • Memindahkan data dari segala jenis mak bapak memory card ke dalam iPad atau iPhone. Untuk photographer yang guna kamera DSLR dan lain-lain memang berguna sangat benda ni
  • Boleh digunakan untuk sambung keyboard biasa ke iPad atau iPhone

Dan pada masa admin membeli ‘benda alah ni memang benda ni boleh digunakan dan pada masa itu iPad dan iPhone masih menggunakan iOS 6.

LIHAT JUGA:  (Review) Takoyaki Meatball Sedap di Perlis

Dan masalah bermula bila admin menaiktaraf iOS dalam iPad dan iPhone admin kepada iOS 7. Dikatakan iOS 7 dilengkapi dengan penghalang fungsi aksesori pihak ke-3. Ini adalah langkah keselamatan kerana ingin mengelakkan kejadian yang tidak diingini seperti litar pintas dan mungkin letupan.

Oleh sebab itu, admin punya ‘New Lightning Camera Connection Kit’ turut sama terjejas dan mengeluarkan kotak mesej seperti ini:

(Info) Jangan Beli New Lightning Camera Connection kit

(Info) Jangan Beli New Lightning Camera Connection kit

 

 

Apa yang buatkan admin terkilan, adalah kenapa kedai … ‘centre’ tersebut menjual barangan yang tidak original dari Apple dengan harga yang tidak munasabah. Apa nak buat, nasi dah jadi bubur. Melayang RM69.

Jadi, kepada anda yang nak beli aksesori ni, better jangan beli sebab untuk iOS 7 dan ke atas memang dah tak boleh guna. Kalau untuk iPhone atau iPad yang dah jailbreak tak pasti pulak. Kalau nak selamat, belilah dari laman web Apple atau cawangan Apple Store yang berdekatan.

Admin:Siapa-siapa berminat nak beli benda alah ni, bolehlah contact admin. Boleh je nak try buat projek hacking ke.

(Visited 30 times, 1 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK