Jan 152015
 

(Info) Dimana Nak Beli Jersi Liga Malaysia Original

Tahukah anda bahawa Liga Super Malaysia 2015 akan bermula pada 31 Januari ini? Jika anda adalah peminat bolasepak Malaysia, anda pasti sedang tercari-cari kat mana la nak beli jersi Liga Malaysia yang original ni.

Di sini saya nak sharing-sharing info di mana nak dapatkan jersi Liga Malaysia yang original:

1. Al-Ikhsan
Al-Ikhsan sebenarnya ada menjual jersi Liga Malaysia yang original. Tetapi bergantung pada lokasi. Ada cawangan mereka yang jual, ada yang tak jual. Tengok nasib anda lah bila anda pergi ada stok ke tak.

2. Stadium
Ya, kat stadium pun memang ada jual jersi original. Tetapi berhati-hati ya kerana ada juga sellers yang kata original, tetapi sebenarnya barangan ciplak. Jika anda belum pernah memiliki jersi yang original, susah untuk anda bezakan yang mana original dan yang mana ciplak.

3. Bolastore.com
Jika anda tak tahu nak bezakan original ke tak, beli sahaja di Bolastore.com. Bolastore.com ini merupakan kedai online yang menjual barangan-barangan sukan seperti stokin bola dan shorts dan juga jersi-jersi Liga Malaysia yang original sahaja. Patch untuk dilekatkan pada jersi juga ada. Terbaiklah!

LIHAT JUGA:  Adoii Tergoda Sungguh Dengan Bibir Lisa Surihani Ni..

Untuk info, perniagaan Bolastore.com sudah mempunyai ribuan pelanggan dan penghantaran biasanya mengambil masa 2-3 hari dari tarikh order.

Setakat pada masa tulisan, mereka sudah mula menjual Jersi Negeri Sembilan 2015, jersi Selangor 2015, dan Jersi Johor DT 2015. Difahamkan akan mula mendapatkan jersi-jersi negeri lain apabila available.

Jadi, tak sabar dah nak pakai jersi negeri kesayangan anda? Cepat-cepatlah dapatkan di sumber-sumber yang saya dah tulis tu, boleh la tunjuk-tunjuk kat member nanti :)

(Visited 341 times, 1 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK