Jan 202015
 

(Gambar) Kucing Selamatkan Bayi Lelaki Dari Mati Kesejukan

Siapa sangka kucing mampu menyelamatkan nyawa manusia. Dikatakan seeokor kucing terbiar di Russia ini menyelamatkan seorang bayi lelaki dari mati kesejukan kerana bayi tersebut ditinggalkan keseorangan.

Bayi tersebut dipercayai telah dibuang dan ditinggalkan keseorangan selama beberapa jam. Kucing yang diberi nama Masha tersebut pada mulanya menyelimuti bayi tersebut dengan badannya. Kemudian kucing tersebut mengeluarkan bunyi meow yang kuat untuk menarik perhatian manusia lain supaya menolong bayi tersebut.

Dan dengan bantuan warga tempatan, bayi tersebut dibawa ke hospital dan disahkan dalam keadaan yang sihat. Namun kucing tersebut dilihat agak sedih dan dilihat cuba melompat ke dalam ambulan ketika ambulan membawa bayi tersebut pergi namun dihalang petugas ambulan tersebut.

Warga tempatan turut mengatakan bahawa kucing tersebut dipercayai menunggu di tepi jalan selama beberapa jam setelah ambulan membawa bayi tersebut pergi. Apa pun kini kucing tersebut sudah mendapat perhatian warga tempatan yang ingin menjaganya.

LIHAT JUGA:  (Gambar) Kejadian Pelancong China Diculik Penjenayah Di Sabah

Thumbs up untuk kucing tersebut! Lagi cerita bergambar dan video di bawah: 

(Gambar) Kucing Selamatkan Bayi Lelaki Dari Mati Kesejukan

(Gambar) Kucing Selamatkan Bayi Lelaki Dari Mati Kesejukan

(Gambar) Kucing Selamatkan Bayi Lelaki Dari Mati Kesejukan

 

Video penuh boleh ditonton di bawah.

 

 

Admin: Manusia buang bayi, kucing pulak nak jaga. Tak malu ke kat kucing?

(Visited 161 times, 1 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK