Jan 152015
 

(Berita) Remaja Patah Kaki Kerana Maki Hamun Ibu

Tak tahu nak rasa terkilan atau win dengan berita remaja patah kaki kerana maki hamun ibu ini. Siapa yang tak sayangkan ibu sendiri. Binatang pun sayang ibunya. Tapi seorang makhluk Allah ni boleh pulak maki hamun ibunya. Akibatnya, si adik yang tak tahan melihat kebiadapan abangnya, terus memukul abangnya dengan sebatang kayu hingga patah kaki.

Berikut berita yang dikongsikan bersama: 

Kuala Terengganu: Akibat tidak tahan melihat ibunya dimaki hamun, seorang adik bertindak memukul abangnya menggunakan sebatang kayu hingga menyebabkan mangsa patah kaki dan dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), kelmarin.

Dalam kejadian jam 4.30 petang di Kampung Panji Alam, mangsa berusia 20 tahun dikatakan berang selepas ibunya, Zaimah Othman, 60, tidak memberikan wang kepadanya untuk membaiki motosikal.

Tindakan lelaki terbabit memaki hamun dan menolak ibunya yang dalam perjalanan ke masjid itu mengundang geram anak bongsu daripada 11 beradik sebelum bertindak melibas kayu sepanjang 50 sentimeter ke kaki kiri abangnya hingga patah.

Zaimah berkata, mangsa terbabit dalam penyalahgunaan dadah dan kerap meminta wang daripadanya.

Anaknya bukan saja meminta wang dengannya, malah turut memaki hamun dan mengamuk setiap hari semata-mata ingin mendapatkan wang membeli bahan terlarang itu. via hmetro

Ermm sebab dadah. Sebab tu dadah tu haram. Boleh buat orang hilang akal.

Apa pendapat anda dengan kes ni? Patut ke tak patu remaja tu dipukul sampai patah kaki?

LIHAT JUGA:  (Gambar) Logo, Lambang & Aktiviti Kumpulan Kongsi Gelap Malaysia

Admin: Pada kebiasaannya si ibu akan mempertahankan anaknya walaupun anaknya bersalah. Kesian jugak kat abang sampai patah kaki. Tak patut si adik pukul abang guna kayu. Patutnya guna kapak..

(Visited 23 times, 1 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK