Jan 142015
 

Apa sudah jadi? Nampaknya heboh tentang satu berita gempar mengatakan bahawa Najib Razak terselamat dari satu rompakan di Wangsa Maju.

(Berita) Gempar Najib Razak Terselamat Dari Rompakan

Berikut adalah berita yang dikongsikan: 

 

WANGSA MAJU: Seorang pekerja kedai serbaneka melalui saat mencemaskan apabila kedai tempat beliau bekerja telah dirompak empat lelaki pada awal pagi tadi.

Menurut beliau, Mohd Najib Abdul Razak, 18, yang sedang bekerja ketika kejadian tersebut berlaku pada pukul 4 pagi tadi.

Tiga dari empat suspek telah meluru masuk dengan mengacukan sebilah pedang ke arah mangsa dengan menyuruh mangsa menyerahkan duit dari mesin tunai sementara perompak yang lain mencuri barangan di dalam kedai.

Pihak polis mengesahkan kejadian tersebut dan memberitahu mangsa Mohd Najib tidak mengalami apa-apa kecederaan dalam kejadian itu.

Difahamkan, antara barang yang hilang ialah kotak rokok Dunhill 20 batang sebanyak 90 kotak yang bernilai RM1215, wang tunai RM355, satu kad tambah nilai pra-bayar bernilai RM30 dengan jumlah anggaran kerugian adalah kira-kira RM1,600.

Menurut sumber, kes berkenaan kini disiasat dibawah Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan. via siakapkeli.com.my

 

(Visited 93 times, 1 visits today)
LIHAT JUGA:  (Awas) Budak Tipu Minta Derma Untuk Pusat Tahfiz Palsu

LIKE KAMI DI FACEBOOK