Jan 212015
 

(12 Fakta) Kenapa Restoran Nasi Kandar Line Clear Diserbu?

Bagi yang tak tahu kenapa Restoran Nasi Kandar Line Clear diserbu pihak berkuasa di Pulau Pinang baru-baru ini, bolehlah baca 12 fakta berikut. Sekadar bacaan ringan di petang hari: 

1. Restoran Nasi Kandar Line Clear di Pulau Pinang diserbu oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan peralatan berniaga dirampas pada jam 4 pagi, 19 Januari 2015.

2. Dalam kejadian 4 pagi itu, beberapa orang pelanggan sedang menjamu selera ketika serbuan dilakukan.

3. Pada 3 Jun 2014, Nasi Kandar Line Clear pernah dinyatakan bakal dilarang beroperasi pada masa hadapan.

4. Keadaan ini berpunca selepas berlakunya pertelagahan antara saudara yang mahu menuntut waris perniagaan daripada keluarga asas.

5. Nasi Kandar Line Clear salah satu restoran muslim india yang terkenal di Pulau Pinang menghadapi masalah berkaitan perlesenan dengan MPPP dan berhadapan risiko ditutup.

6. Keretakan dalam gaya pengurusan secara bergilir-gilir yang telah diamalkan sejak tahun 1980an, telah memaksa Majlis Perbandaran Pulau Pinang mengeluarkan kata dua kepada keempat-empat rakan kongsi, yang kesemuanya adalah sepupu.

7. Ahli keluarga selalunya akan mengambil alih giliran untuk menjalankan bisnes Nasi Kandar Line Clear tapi pengusaha sekarang, Abdul Hamid tidak menyerahkan bisnes itu sejak 2011.

LIHAT JUGA:  (Kupasan) Status Pepero dari Korea Halal Atau Tidak?

8. Dalam perjanjian oleh keempat-empat pengusaha, yang mana mempunyai pertalian darah, mereka akan mengambil giliran untuk menguruskan restoran itu. Walau bagaimanapun, salah seorang daripada mereka telah gagal mematuhi perjanjian tersebut.

9. Abdul Hamid sepatutnya menjalankan bisnes itu dari tahun 2008 sehingga 2010 dan kemudian Sahubarali akan mengambil alih pada 2011. Tapi beliau enggan menyerahkannya.

10. Isu itu timbul apabila perjanjian lisan di kalangan ahli keluarga, yang telah dikatakan bersetuju untuk menjalankan perniagaan secara perkongsian dengan mengambil giliran untuk menjalankan perniagaan, mula dingin selepas dua pengasas asal, saudara SN Seeni Pakir dan SN Sekandar, meninggal dunia.

11. Membalas tindakan Abdul Hamid, mereka yang lain telah membuat satu gerai disebelah restoran sedia ada menyebabkan kawasan di situ tidak bersih dan kotor.

12. MPPP berkata, pihaknya bertindak jam 4 pagi (19 Januari 2015) selepas mendapati restoran itu menjalankan perniagaan tanpa lesen sejak awal tahun ini.

(12 Fakta) Kenapa Restoran Nasi Kandar Line Clear Diserbu?

Keadaan restoran setelah diserbu dan diangkut segala peralatan.

 

Ermm sebab konflik keluarga. Sama macam kes adik beradik gaduh kat restoran KFC ni.

Admin: Ada yang kata resteoran tersebut memang kotor sampai tak lalu nak makan? Betul ke?

(Visited 50 times, 1 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK