Dec 172014
 

Bagi yang belum tahu, bolehlah rujuk senarai penerima darjah dan bintang kebesaran Selangor sempena Hari Keputeraan ke-69 Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk tahun 2014 ini.

senarai penerima darjah dan bintang kebesaran Selangor sempena Hari Keputeraan ke-69 Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah

Antara isu panas berkaitan penerima darjah dan bintang kebesaran kali ini ialah tiada nama Azmin Ali sebagai penerima. Apa pendapat anda? Apapun kita lihat dulu senarai berikut: 

 

Darjah Kerabat Selangor Yang Amat Dihormati (DK)

Sultan Nazrin Shah

 

Darjah Kerabat Selangor Yang Amat Dihormati (DKII)

Tengku Abdul Samad Shah (Tengku Panglima Besar Selangor)

 

Darjah Kelas Pertama – Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS)
membawa gelaran ‘Datuk Seri’:

Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor (Panglima Tentera Darat)

Tan Sri Shamsul Azhar Abbas (Ketua Pegawai Eksekutif Petronas yang juga Pro-Canselor Universiti Teknologi Petronas (UTP)

Darjah Kebesaran Datuk Setia-Sultan Sharafuddin Idris Shah (S.S.I.S.) (Kelas Pertama) membawa gelaran ‘Datuk Setia’:

Tan Sri Ismee Ismail (Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji)

 

Darjah Kebesaran Datuk Paduka Mahkota Selangor (DPMS) (Kelas Kedua) membawa gelaran ‘Datuk’ bagi lelaki dan ‘Datin Paduka’ bagi wanita:

Iskandar Abdul Samad (Pesuruhjaya PAS Selangor)

Dr Ahmad Yunus Hairi.

Datuk Ahmad Rasidi Hazizi (Duta Malaysia Di London)

Datuk Rustam Yahaya (Setiausaha Bahagian Pembangunan, Kementerian Luar)

Mejar Jeneral Datuk Suhaimi Mohd Zuki (Panglima Latihan dan Doktrin Tentera Darat)

Laksamana Madya Datuk Mohamad Roslan Mohd Ramli (Panglima Armada merangkap Panglima Bantuan Markas Pemerintahan Armada Pangkalan Tentera

Laut Diraja Malaysia (TLDM))

Mejar Jeneral Datuk Shahrani Mohd Sany (Asisten Ketua Staf Sumber Manusia Markas Tentera Darat)

Datuk Mohamed Nazim Tun Abdul Razak (Pengarah Urusan NRY Architects Sdn Bhd )

Prof Dr Mohd Azmi Mohd Lila (Profesor Pejabat Timbalan Naib Canselor, Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Putra Malaysia (UPM) )

Ahmad Zaharin Mohd Saad (Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS))

Ir Abdul Ghani Hashim (Timbalan Pengurus Besar (Teknikal) Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) )

 

Darjah Kebesaran Datuk-Sultan Sharafuddin Idris Shah (D.S.I.S.)(Kelas Kedua) membawa gelaran ‘Datuk’ bagi lelaki dan ‘Datin Paduka’ bagi wanita:

Tengku Iskandar Shah Tengku Ismail Shah (Tengku Seri Andika Diraja)

Brig Jen Nazri Abu Bakar (Ketua Pengarah Jabatan Arah Rekod dan Pencen Angkatan Tentera Malaysia (ATM) )

LIHAT JUGA:  (Jadual) Waktu Buka Puasa Dan Imsak 2016 - Perak

Brig Jen Jalaluddin Manan (Panglima Markas 5 Briged Kem Lok Kawi, Sabah)

Narander Singh a/l Chand Singh (Pengarah Jabatan Penjara Sungai Buloh Timbalan Komisioner Penjara)

Ir Mohamad Dalib (Pengarah Bahagian Kejuruteraan Automotif Jabatan Pengangkutan Jalan)

Tan Sri Dr Ir GanThian Leong (Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Brunsfield International Group)

Mohamad Lotfy Mohamad Noh (Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif KWASA Land Sdn Bhd)

Raja Idris Raja Kamarudin (Pengerusi Kumpulan Perangsang Selangor Berhad)

Datuk Mohammad Nor Khalid atau Lat (kartunis)

Dr Lee Eng Lam (Pakar Kanak-kanak Ramsay Pusat Perubatan Sime Darby)

Dr Dahlia Rosly (Ketua Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia)

Ong Swee Leng (Pengarah Audit Jabatan Audit Negara)

Mohamad Yasid Bidin (Ketua Setiausaha Sulit kepada Menteri Besar Selangor)

 

Darjah Kebesaran Setia Mahkota Selangor (SMS)

Syed Haizam Hishamuddin Putra Jamalullail (Naib Presiden Yayasan Malaysia-Amerika yang juga kerabat Diraja Selangor)

Tengku Datuk Yusof Tengku Zainal Karib Shah (Pengarah Apex Group of Companies)

Slamat Yahya (Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam)

Muhammad Farhan Wijaya (Imam Besar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah)

Prof Dr Abdul Shukor Juraimi (Dekan Fakulti Pertanian UPM)

Prof Dr Yoshihito Shirai (Felo Penyelidikan UPM)

Dr Kamarruddin Asri (Pengarah Bahagian Forensik, Jabatan Kimia Malaysia)

Jaswant Singh a/l Jai Singh (Pengarah Eksekutif Bahagian EKO Pelaburan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida) )

Dr Rozita Halina Tun Hussein (Timbalan Pengarah Unit Pembiayaan Kesihatan Kebangsaan Kementerian Kesihatan)

Mano a/l Verabathan (Timbalan Setiausaha Bahagian Pembangunan Kementerian Pengangkutan Malaysia)

Siti Zaleha Ibrahim (Pengarah Jabatan Alam Sekitar Selangor)

Mohamed Izam Mohamed Yusof (Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor)

Norzila Sidek (Pengurus Kanan Pembangunan Bisnes PKNS)

Haron Mokhtar (pelukis ’22 keping Karya Siri Menghadap Sultan Koleksi Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor’)

 

Darjah Kebesaran Setia-Sultan Sharafuddin Idris Shah (SIS)

14 penerima

 

Darjah Kebesaran Ahli Mahkota Selangor (AMS)

20 penerima, antaranya tiga atlet yang memenangi pingat emas Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan;

Syakilla Salni Jefry Krisnan @ Krisnamurthy (karate)

Ahmad Syukri Abdul Aziz (perahu layar)

Mohamad Faizal Norizan (perahu layar)

 

Darjah Kebesaran Ahli-Sultan Sharafuddin Idris Shah (AIS)

18 penerima

 

Bintang Perkhidmatan Cemerlang (BPC)

7 penerima

– Bernama

(Visited 168 times, 1 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK