Dec 172014
 

Bagi pengguna Instagram pasti teruja dengan kemaskini terbaru apps tersebut yang mana ianya kini ditambah dengan 5 filter yang baru.

5 filter tersebut yang dimuatkan dalam versi 6.4.0 ialah Crema, Slumber, Ludwig, Aden dan Perpetua. Dengan kini jumlah filter dalam instagram sudah mencecah 24 jenis pilihan

Bukan itu sahaja. Pengguna kini boleh mengurus atau menyusun kesemua filter tersebut mengikut kehendak pengguna samaada melalui paparan viewfinder atau melalui butang ‘manage’ di penghujung senarai filter di viewfinder.

Jika filter tersebut jarang digunakan maka ianya boleh disembunyikan. Atau jika kerap menggunakan filter tersebut, maka ianya boleh disusun pada susunan mengikut keutamaan pengguna.

 

Jadi tak perlu lagi nak scroll sehingga patah jari anda.

Selain itu, kemaskini terbaru instgram ini juga kini membolehkan pengguna mengawal fungsi flash kamera samaada off, on atau auto semasa mengambil gambar.

Versi sebelum ini tiada fungsi sebegini. Sememangnya memudahkan pengguna insta yang banyak berkongsi gambar di instagram.

LIHAT JUGA:  (Video) Ciri-Ciri Tablet Google Nexus 7 - Murah Tapi Berbaloi

Jadi, sudahkah anda update apps instagram ini? Apa pendapat anda? Menarik?

(Visited 34 times, 1 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK