Nov 062014
 

Terkini! Pihak polis telah berkongsi status baru tentang pembuli-pembuli yang dirakamkan dalam 2 video buli dalam asrama yang berasingan.

(Terkini) Status Baru Tentang 2 Video Pembuli Dalam Asrama

Berikut adalah perkongsian dari pihak polis sendiri:

STATUS TERKINI DUA KEJADIAN BULI PELAJAR SEKOLAH

Hasil maklumat orang ramai dan siasatan awal yang dijalankan oleh pihak polis, dua kejadian buli yang disiarkan semalam, 5 November 2014 telah berjaya dikenal pasti.

KES 1: SUSPEK BULI BERSINGLET HITAM DIKENAL PASTI

Kejadian dikesan berlaku di sebuah sekolah di Pontian, Johor pada tahun 2010.

Hasil semakan dengan pihak sekolah, suspek utama (bersinglet hitam) yang terlibat dalam kejadian tersebut telahpun dibuang sekolah pada bulan Ogos 2011 ekoran daripada pelbagai masalah displin.

Beberapa suspek dan mangsa lain juga telah berjaya dikenal pasti.

Sehingga kini tiada laporan polis diterima daripada mangsa atau keluarga dan pihak sekolah turut mengesahkan bahawa tiada sebarang aduan dibuat berhubung kejadian tersebut.

Difahamkan pihak sekolah hanya mengetahui kejadian tersebut setelah klip video mengenainya tersebar dan mendapat liputan meluas.

Siasatan kes masih diteruskan.

KES 2: ENAM SUSPEK BULI PELAJAR BERBAJU T MERAH DIDAKWA

Kes ini membabitkan seorang pelajar berbaju T berwarna merah dibelasah oleh beberapa pelajar di dalam bilik asrama yang dikesan berlaku pada 25 Mei 2014 di sebuah rumah anak yatim di Kangar, Perlis.

Kejadian telah dilaporkan oleh pengurusan asrama kepada pihak polis pada 6 Jun lalu.

Siasatan lanjut pihak polis membawa kepada penahanan enam suspek berusia antara 13 hingga 15 tahun.

Keterangan mangsa yang berumur 11 tahun juga telah diambil.

Kes didakwa di Mahkamah Majistret Kangar di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan petang tadi.

LIHAT JUGA:  (Video) Lagi Pemandu Malaysia Biadap Makan Jalan Orang

Pihak polis sekali lagi menyeru orang ramai agar tampil menyalurkan maklumat berhubung sebarang kejadian seumpama ini supaya pencerahan dan tindakan sewajarnya dapat dilaksanakan.

Masyarakat juga dinasihatkan untuk merujuk kepada pihak polis jika terkesan sebarang video atau maklumat yang meragukan bagi mengelak kegusaran masyarakat akibat sebaran maklumat yang tidak berasas.

ACP DATIN ASMAWATI BINTI AHMAD
PENOLONG KETUA URUS SETIA KPN (KOMUNIKASI KORPORAT)
IBU PEJABAT POLIS BUKIT AMAN

6 November 2014

via Facebook PDRM


 

Sementara itu, hari ini akhbar tempatan juga turut melaporkan tentang pelaku dalam video kes ke 2:

6 November, KANGAR: Lima remaja mengaku bersalah di Mahkamah Juvana Kangar, di sini petang tadi atas tuduhan merusuh di sebuah asrama anak yatim, antara 31 Mei hingga 1 Jun lalu.

Kesemua tertuduh yang berusia antara 13 tahun hingga 16 tahun itu dituduh di hadapan Majistret Norhayati Ibrahim di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

(Terkini) Status Baru Tentang 2 Video Pembuli Dalam Asrama

Seorang daripada tertuduh yang berusia 15 tahun bagaimanapun tidak hadir ke mahkamah.
Norhayati menetapkan kes dibicarakan semula dan jatuh hukum pada 24 Disember 2014 sementara menunggu laporan akhlak dari Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Pendakwaan dilakukan oleh Ketua Unit Pendakwaan negeri, Badius Zaman Ahmad. Selepas pertuduhan, kelima-lima remaja berkenaan yang tidak diikat jamin dibawa ke lokap untuk ditahan.

Kelmarin, satu klip video berdurasi hampir tujuh minit yang menunjukkan sekumpulan pelajar membelasah seorang pelajar lain di sebuah bilik asrama dipapar dan disebar di laman sosial.

via Berita Harian Online

(Visited 29 times, 1 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK