Nov 052014
 

Setelah tersebarnya dua video buli dan pukul di asrama pada penghujung tahun 2014 ini, beberapa wajah pelaku kaki pukul tersebut telah dikenalpasti dan ada yang telah ditangkap.

(Gambar) Wajah Kaki Pukul Junior dalam 2 Video Buli Asrama 2014

Update terkini dari Pihak Polis (6 November 2014): 

STATUS TERKINI DUA KEJADIAN BULI PELAJAR SEKOLAH

Hasil maklumat orang ramai dan siasatan awal yang dijalankan oleh pihak polis, dua kejadian buli yang disiarkan semalam, 5 November 2014 telah berjaya dikenal pasti.

KES 1: SUSPEK BULI BERSINGLET HITAM DIKENAL PASTI

Kejadian dikesan berlaku di sebuah sekolah di Pontian, Johor pada tahun 2010.

Hasil semakan dengan pihak sekolah, suspek utama (bersinglet hitam) yang terlibat dalam kejadian tersebut telahpun dibuang sekolah pada bulan Ogos 2011 ekoran daripada pelbagai masalah displin.

Beberapa suspek dan mangsa lain juga telah berjaya dikenal pasti.

Sehingga kini tiada laporan polis diterima daripada mangsa atau keluarga dan pihak sekolah turut mengesahkan bahawa tiada sebarang aduan dibuat berhubung kejadian tersebut.

Difahamkan pihak sekolah hanya mengetahui kejadian tersebut setelah klip video mengenainya tersebar dan mendapat liputan meluas.

Siasatan kes masih diteruskan.

KES 2: ENAM SUSPEK BULI PELAJAR BERBAJU T MERAH DIDAKWA

Kes ini membabitkan seorang pelajar berbaju T berwarna merah dibelasah oleh beberapa pelajar di dalam bilik asrama yang dikesan berlaku pada 25 Mei 2014 di sebuah rumah anak yatim di Kangar, Perlis.

Kejadian telah dilaporkan oleh pengurusan asrama kepada pihak polis pada 6 Jun lalu.

Siasatan lanjut pihak polis membawa kepada penahanan enam suspek berusia antara 13 hingga 15 tahun.

(Gambar) Wajah Kaki Pukul Junior dalam 2 Video Buli Asrama 2014 fitrihadi

Keterangan mangsa yang berumur 11 tahun juga telah diambil.

Kes didakwa di Mahkamah Majistret Kangar di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan petang tadi.

Pihak polis sekali lagi menyeru orang ramai agar tampil menyalurkan maklumat berhubung sebarang kejadian seumpama ini supaya pencerahan dan tindakan sewajarnya dapat dilaksanakan.

Masyarakat juga dinasihatkan untuk merujuk kepada pihak polis jika terkesan sebarang video atau maklumat yang meragukan bagi mengelak kegusaran masyarakat akibat sebaran maklumat yang tidak berasas.

LIHAT JUGA:  (Kisah Sebenar) Kemalangan Babitkan Kereta Ferrari Zizan

ACP DATIN ASMAWATI BINTI AHMAD
PENOLONG KETUA URUS SETIA KPN (KOMUNIKASI KORPORAT)
IBU PEJABAT POLIS BUKIT AMAN


 

Video pertama melibatkan aksi ramai pembuli kaki pukul yang memukul sehingga 7 orang junior dalam sebuah bilik. [Update] Gambar sebelum ini hanyalah gambar kes buli yang lama. Masih belum dapat dipastikan siapa pelaku sebenarnya dalam video tersebut. Jika tahu, mohon kongsikan disini.

Dan dalam video kedua pulak, ianya melibatkan sekumpulan pembuli kaki pukul dalam sebuah bilik asrama yang mana mereka ini membelasah seorang kanak-kanak kecil. Hasil siasatan orang ramai, salah seorang suspek serta lokasi kejadian telah dikenalpasti seperti berikut: 

(Gambar) Wajah Kaki Pukul Junior dalam 2 Video Buli Asrama 2014

KANGAR: Polis Perlis mengesahkan video klip terbaharu mengenai kes buli yang tersebar melalui laman sosial Facebook sejak pagi ini, sebagai kes lama yang berlaku di negeri ini.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin, ketika dihubungi berkata kejadian itu berlaku pada Jun lalu di sebuah rumah anak yatim di negeri ini, membabitkan sekumpulan penghuni premis itu yang membuli penghuni junior lain.

“Sebaik tersebar video klip terbabit, kita jalankan siasatan sebelum mendapati ia video klip lama yang berlaku di rumah anak yatim terbabit.

“Kita memang ada terima laporan daripada pihak pengurusan rumah anak yatim berkenaan mengenai kejadian itu sebelum ini dan siasatan juga sudah dijalankan…kes juga sudah dianggap selesai,” katanya.

Sememangnya kes buli semakin menjadi-jadi kebelakangan ini. Dan ada yang berkata;

“alaa normal lah tu buli.”

Just because something is normal doesn’t mean it is okay.

Apakah sebab sebenarnya berlaku kes buli ini? Adakah kerana sikap orang melayu itu sendiri yang mana telah nampak kesannya pada hari ini. Sampai bilakah kita perlu hidup sebegini. Hidup dikelilingi buli? Percayalah masih ramai yang menganggap buli itu normal sedangkan ianya melanggar hak asasi manusia untuk hidup selamat dan normal tanpa sebarang bahaya. Fikir-fikirkanlah..

(Gambar) Wajah Kaki Pukul Junior dalam 2 Video Buli Asrama 2014

(Visited 111 times, 1 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK