Nov 072014
 

Tahniah kami ucapkan buat Fasha Sandha dan suaminya Jejai (Rizal Ashram Ramli) yang menerima kelahiran bayi terbaru yang diberi nama Putri Raysha Jemaima.

(Gambar) Putri Raysha Jemaima Nama Bayi Fasha Sandha Jejai

Fasha Sandha dikatakan melahirkan bayi seberat 2.8 kilogram tersebut pada jam 9 pagi tadi. Melalui akaun instagram Jejai, gambar cahaya mata mereka telah dikongsikan untuk tatapan peminat. Selain itu, ibu Fasha Hatijah Teh Man turut berkongsi kegembiraan di atas kelahiran cahaya mata baru itu dan turut berkongsi foto-foto beliau bersama si comel itu menerusi akaun Instagram miliknya.Berikut adalah beberapa gambar tersebut: 

(Gambar) Putri Raysha Jemaima Nama Bayi Fasha Sandha Jejai

(Gambar) Putri Raysha Jemaima Nama Bayi Fasha Sandha Jejai

 

Antara keratan berita dari akhbar perdana:

KUALA LUMPUR: Pelakon, Fasha Sandha selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.8 kilogram jam 9 pagi tadi.

Berita kelahiran itu disahkan sendiri ibu serta suami Fasha, Rizal Ashram Ramli di laman Instagram masing masing.

Bayi berkenaan diberi nama Putri Raysha Jemaima. Ia anak kedua hasil perkongsian hidup Fasha dan Rizal.

via berita Harian Online

 

(Visited 66 times, 1 visits today)
LIHAT JUGA:  (Tahniah) Yusry KRU Sahkan Lisa Surihani Mengandung

LIKE KAMI DI FACEBOOK