Oct 162014
 

Agak terkilan membaca kisah seorang pakcik ini yang cedera dirompak semasa berada di Hentian Putra Kuala Lumpur. Mohon semua orang terutamanya wanita berjaga-jaga semasa keluar berjalan.

(Kisah) Seorang Pakcik Cedera Dirompak Di Hentian Putra, KL

Apakah yang sebenarnya berlaku? Bagaimana pakcik ini mendapat kecederaan. Bolehlah baca perkongsian dari anak beliau di bawah ini:


 

Tarikh : 12 October 2014

Masa. : 1.30 PM

Tempat : HENTIAN PUTRA KUALA LUMPUR

Keterangan : Ayah saya En Ramli b Shafie umur 56 tahun asal dari Tawang, Bachok Kelantan sedang berehat di surau Hentian Bas Putra Kuala Lumpur setelah selesai menunaikan solat zohor sambil menunggu bas untuk balik ke Kelantan. Ayah saya telah didatangi oleh seorang pemuda lingkungan umur 20-30 dan meminta duit dari ayah saya. Ayah saya menyatakan yang dia tiada duit, lalu pemuda tersebut mula bertindak agresif dengan mengeluarkan pisau dan mengugut ayah saya serta cuba menerkam beg ayah saya.

Pemuda tersebut menghunuskan pisau namun Alhamdulillah ayah saya lebih pantas dan merampas semula beg tersebut. Ayah saya sempat bergelut dengan pemuda tersebut menyebabkan tapak tangan ayah saya cedera terkena bilah pisau. Dengan izin Allah dan ayah saya juga seorang guru silat berjaya mematahkan serangan pemuda tersebut ‘single handed’. Pemuda tersebut cedera teruk namun sempat melarikan diri dengan dibantu oleh seorang lagi pemuda bermotosikal yg telah menunggunya di luar Hentian Putra.

LIHAT JUGA:  (Video) Gadis Berhijab Hebat Bermain Gitar Elektrik

(Kisah) Seorang Pakcik Cedera Dirompak Di Hentian Putra, KL

Berhati-hati kepada semua pengguna Hentian Putra sekiranya anda ke Hentian Putra pastikan berteman dan sekiranya nampak pemuda mencurigakan laporkan pada pihak polis atau keselamatan. Ayah sy bernasib baik kerana beliau masih mampu melawan. Minta dijauhi dari perkara yg tidak diingini

(Visited 16 times, 1 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK