Oct 122014
 

Hari ini telah berlaku kejadian bumbung jejantas pejalan kaki runtuh akibat ribut berhampiran Taman Kobena, melalui highway Pasir Gudang, Johor. Beberapa gambar selepas kejadian turut dikongsikan di media sosial.

(Gambar) Bumbung Jejantas Runtuh Di Pasir Gudang, Johor

Jika dilihat, terdapat beberapa buah kereta yang dihempap besi bumbung jejantas berkenaan seperti sebuah Toyota Vios serta Honda Jazz namun dilaporkan tiada nyawa yang melayang. Lagi gambar di bawah: 

 

JOHOR BAHRU: Struktur bumbung jejantas yang merentangi Lebuhraya Pasir Gudang berhampiran Taman Kobena runtuh ketika hujan ribut petang tadi lalu menghempap dua kereta, sebuah lori dan motosikal.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian 4.30 petang itu. Insiden itu menyebabkan lalu lintas di laluan berkenaan terhalang.

Siasatan dan kerja mengalih struktur berkenaan sedang dilakukan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat memaklumkan seorang pemandu lori cedera dan kini dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA). Katanya, pemandu lori yang tersepit di tempat duduknya berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba.

Dalam kejadian ribut itu, bumbung kira-kira 30 rumah di Taman Kobena turut diterbangkan angin.

 

(Gambar) Bumbung Jejantas Runtuh Di highway Pasir Gudang, Johor

 

LIHAT JUGA:  (Berita) Rumah Sharifah Shahira Dimasuki Pencuri

(Gambar) Bumbung Jejantas Runtuh Di highway Pasir Gudang, Johor

(Gambar) Bumbung Jejantas Runtuh Di highway Pasir Gudang, Johor 6

 

(Gambar) Bumbung Jejantas Runtuh Di highway Pasir Gudang, Johor

 

(Gambar) Bumbung Jejantas Runtuh Di highway Pasir Gudang, Johor(Gambar) Bumbung Jejantas Runtuh Di highway Pasir Gudang, Johor

 

(Gambar) Bumbung Jejantas Runtuh Di highway Pasir Gudang, Johor

(Visited 49 times, 1 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK