Sep 042014
 

Nokia Asha 210 dual sim adalah sebuah smartphone yang boleh admin katakan agak ketinggalan. Kenapa? Ikuti ulasan yang admin sediakan ini.

(Review gambar Smartphone Nokia Asha 210 Dual Sim

Dulu kami ada buat review Nokia E63 yang mana pada masa tersebut boleh dikatakan bahawa ianya smartphone yang terbaik untuk dimiliki namun tidak pada hari ini. Samalah juga dengan Nokia Asha 210 dual sim ini, boleh dikatakan gajet ini dan Nokia E63 adalah seperti adik beradik kembar. Cuma bezanya, Asha 210 dual sim dilengkapi kebolehan memuatkan 2 kad sim dan mempunyai apps sosial seperti whatsapp, facebook, youtube dan lain-lain lagi. 

Nyahkotak dan pandang pertama Nokia Asha 210 dual sim:

(Review gambar Smartphone Nokia Asha 210 Dual Sim

Menggunakan OS Symbian, bentuk coklat bar, charger nokia macam zaman dulu-dulu dan juga slot untuk isi kad sim kedua.

 

(Ulasan) Smartphone Nokia Asha 210 Dual Sim

Ruang dalaman bateri meliputi slot untuk kad SIM utama dan kad memori SD

Spesifikasi penting:

  • paparan 320 x 240 pixels, 2.4 inches (167 ppi) – agak biasa saja paparannya seperti henfon dulu-dulu
  • didatangkan dengan kad SD bersaiz 4GB
  • kamera belakang 2MP – boleh tahan la nak buat tangkap gambar.
  • bateri tahan sehingga 21 hari (stand-by) dan 12 jam masa bercakap. Setakat ni admin guna tahan dalam 2 3 hari tanpa cas.
  • boleh masuk kad sim ke dua dan boleh guna dua-dua sim tanpa perlu matikan/bertukar dari salah satu.
  • ada dua butang short-cut untuk facebook dan kamera. Fungsi ni memang membantu untuk menjimatkan masa tanpa peru mencari aplikasi tersebut
  • keypad qwerty penuh memudahkan proses menaip. Namun bagi yang dah biasa dengan touchscreen merasakan ianya agak melecehkan untuk menaip
  • dilengkapi aplikasi sosial seperti whatsapp, facebook, youtube.
LIHAT JUGA:  (Review) Lenovo Ideapad Z400 Touch Screen

Perbandingan saiz:

Menggunakan iPhone 5c sebagai perbandingan, Nokia Asha 210 ini dilihat agak kecil saiznya. Namun kecil bukan bermakna ianya bagus. Walaupun nampak kecil, ianya masih tebal berbanding iPhone 5c.

Berikut adalah gambar perbandingan saiz Nokia Asha 210 dan iPhone 5c.

(Ulasan) Smartphone Nokia Asha 210 Dual Sim

(Ulasan) Smartphone Nokia Asha 210 Dual Sim

Review penggunaan:

Smartphone ni sesuai dijadikan handphone kedua atau untuk sampingan kerana ianya dilengkapi aplikasi sosial seperti Facebook dan Whatsapp. Namun bagi admin yang sudah biasa menggunakan touchscreen, merasakan agak sukar untuk membiasakan diri dengan papan kekunci fizikal di nokia Asha 201 ini. Penggunaan aplikasi whatsapp di henfon ini agak lambat pada permulaannya iaitu boleh mencapai sehingga 15-20 saat semasa ingin membukanya..

Bateri pula boleh dikatakan cemerlang kerana mampu bertahan selama 2 ke 3 hari tanpa pengecasan.

Disebabkan ianya ketinggalan zaman, kelajuan serta keselesaan semasa menggunakannya agak mengecewakan. Untuk pengetahuan, sistem operasinya masih menggunakan Symbian. Ikon aplikasi seperti Youtube juga hanyalah bertindak sebagai link yang mana jika ditekan, pengguna akan masuk ke laman Youtube.com melalui browser Nokia Xpress.

(Ulasan) Smartphone Nokia Asha 210 Dual Sim

Laman Youtube dipaparkan melalui browser Nokia xpress

 

Harga

Untuk pengetahuan, harga gajet ini di kedai adalah RM299. Namun di Lazada anda boleh mendapatkannya dengan harga serendah RM199. Hanya search “Nokia Asha 210” dan anda dapat lihat beberapa pilihan harga yang lebih murah dari harga kedai.




Tiada apa lagi kelebihan yang admin ingin kongsikan. Mungkin setakat ini sahaja cerita Nokia Asha 201 dual sim ini. Terpulang pada anda jika masih ingin membeli ‘semakphone’ ini. Ianya masih cemerlang untuk membuat panggilan, sms, mms, serta tempoh bateri yang tahan lama.

_ _ _

Admin: Bagi admin, zaman telefon bimbit yang menggunakan papan kekunci fizikal dah berlalu. Lebih baik guna touchscreen. Lebih cepat dan selesa.

(Visited 112 times, 1 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK