Sep 192014
 

Agak menarik perkongsian tips dari saudari Noor Hazwani tentang pengalaman beliau bertukar dari wanita bekerjaya dan akhirnya menjadi suri rumah sepenuh masa.

(Tips) Dari Wanita Bekerjaya Jadi Suri Rumah Sepenuh Masa

Artikel yang dikongsikan beliau menjadi viral di facebook dengan perkongsian hampir 4000 share. Semoga tips-tips yang diberikan dapat menjadi panduan bagi wanita yang ingin menjadi suri rumah sepenuh masa. Semoga bermanfaat! 

_ _ _ _ _ _ _ _ _ _

Nak share pengalaman sikit macammana boleh berhenti kerja dari jadi engineer ke suri rumah..

Langkah-langkah menjadi suri rumah sepenuh masa :

1. Bincang dengan suami pasal kewangan keluarga sebab dia yang akan tanggung nanti

2. Inform keluarga dan keluarga mertua

3. Setelkan semua hutang kad kredit yang ada

4. Cancel semua kad kredit

5. Mansuhkan semua expenses bulanan yang tak diperlukan

6. Pastikan ada simpanan 2-3bulan gaji sebagai back up plan kalau nak buat side income

7. Mentality kena kuat especially kalau minat online shopping. No more online shopping beli barang mengarut-ngarut dan tak perlu.

8. Beli buku masakan sebagai panduan nak memasak hari-hari jika tak pandai masak. Takkan surirumah nak tapau lauk dari luar je kan?

9. Bersedia secara fizikal kerana jadi fulltime housewife sesungguhnya lagi memenatkan.

10. Jangan risau jika takut bosan bila di rumah. Percaya lah. 24jam akan terisi dengan kerenah Anak-anak.

11. Bersedia dengan suara-suara sumbang yang akan asyik dok mengata rugi belajar tinggi, jadi surirumah. Tinggalkan kerjaya, gaji tinggi.. bukan diorang yang tanggung pon. Jadi, abaikan.

LIHAT JUGA:  (Tips) Cara Mohon Bantuan Rumah Mesra Rakyat (RMR) 1 Malaysia

12. Jangan lupa kawan-kawan. Nanti sunyi pulak takde org nak bercerita hal-hal dewasa. Asyik cerita Boboiboy, upin ipin dengan pororo je. hehe..

Persediaan bagi suami

1. Suami kena bersedia dari segi kewangan. Tak perlu mewah. Cukup makan, pakai, insurance, tempat tinggal, setel..

2. Suami kena faham rutin seorang surirumah. Sekali sekala bawaklah isteri berjalan jalan sebagai bonus bekerja 24 jam sehari. Takdela dia rasa terperap dalam rumah je.

3. Percaya dan yakin. Rezeki datang dari Allah. bukan dari manusia.

4. Sentiasa support isteri dan masih menolong buat kerja rumah.

InsyaAllah. Semuanya akan berjalan dengan lancar. Pastikan niat betul…

Saya berhenti kerja dengan niat nak anak makin sihat.. tak lagi sakit..Alhamdullillah sejak berhenti,xpernah lagi sakit teruk sampai kena admitted hospital… Anak pon makin happy.. kita pon happy dapat tengok anak membesar depan mata.. rezeki, alhamdullillah xpernah putus lagi.. suami faham. Keluarga faham..

Bagi yang masih ragu-ragu, bincang elok-elok,buat solat hajat, solat istikarah,mintak panduan. Kadang-kadang bila buat kira-kira, macam tak cukup je duit. Tapi setiap bulan, cukup je duit. Semua tu rezeki.

Sekian…

Artikel via Noor Hazwani facebook update

_ _ _ _ _ _ _

Anda ada komen atau pengalaman sendiri? Bolehlah kongsikan di ruangan komen di bawah.

Admin: Jaga sendiri anak lebih baik dari hantar anak ke pusat asuhan. Setuju?

(Visited 368 times, 1 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK