Sep 132014
 

Nampaknya makin menjadi-jadi sindiket tipu duit ni. Terbaru, cubaan mencuri semua wang dalam akaun bank seseorang telah berlaku hanya dengan menggunakan panggilan telefon. Ikuti kisah yang dikongsikan dari pemilik akaun tersebut:

(Awas) Sindiket Panggilan Telefon Curi Wang Dalam Akaun Bank

_ _ _ _ _ _ _

Cerita benar baru saja berlaku hari ini 12 Sept 2014. cara penipuan terbaru… cuba baca untuk panduan

Assalammualaikum, just to share what I have been thru 3 hours ago..this is the real story..Alhamdulillah tergerak hati utk tak buat spt apa yg disuruh. Harap dapat baca sepenuhnya kerana ini pengalaman saya sebentar tadi dan bukannya copy paste dari mana-mana group.

Ok..this is how it happened 

9.30 – terima call dr RHB auto answering machine 03-92852233. Mengatakan saya ada buat transaksi rm3200 dan diberi 3 pilihan- confirmkan, batalkan atau bercakap dengan operator, saya pilih untuk bercakap dengan operator dan disambungkan ke RHB CUSTOMER SERVICE. Pegawai RHB yang bernama ‘Danny’ bertanyakan isu dan minta saya berikan nama dan nombor ic. Saya sampaikan maklumat tersebut dan maklumkan kepada mereka yang saya tak pernah ada sebarang akaun dengan RHB. Mula-mula saya agak sceptical nak reveal nama dan ic, tp setelah diberitau untuk disemak akan status dengan kecurian maklumat peribadi pada bank negara, saya pun beri nama dan nombor ic.

Kemudian, pegawai tersebut memaklumkan kepada saya yang kad kredit RHB VISA GOLD CARD telah dimohon atas nama saya di RHB Bukit Bintang pada 1/7/2014. Tunggakan sebanyak RM6320 dan maklumat tentang bil telah dihantar ke alamat berikut : No. 20, Jalan PU 7/2, Pusat Bandar Puchong Utama. (Saya baru check selepas kejadian dan ini alamat company CleanPro Sdn Bhd).

Saya mula panik dan saya minta dia batalkan kredit kad tersebut memandangkan memang sah bukan milik saya. Katanya transaksi telah dibuat di KLIA pagi dan ia akan dibatalkan. Kad kredit tersebut akan dibekukan tetapi perlu mendapat pengesahan daripada Bank Negara atas laporan maklumat peribadi saya telah dicuri.

Kemudian, pegawai tersebut menyambungkan saya kepada rangkaian Bank Negara bahagian siasatan untuk tindakan seterusnya.Tetapi sebelum itu, pegawai tersebut telah dapatkan semua maklumat tentang perihal banking saya (berapa kad kredit yang masih aktif, akaun apa yang aktif, asb, akaun anak-anak, company acct dan sebagainya). Katanya data tersebut diperlukan untuk lodge report pada bank negara. Atas sebab saya mahu kes ini diselesaikan dengan segera, saya telah beri maklumat bank apa dan jumlah anggaran di dalam akaun tersebut tetapi bukannya nombor akaun dan nombor pin.

Semua perbualan tersebut katanya telah dirakam untuk bukti mahkamah kelak dalam membantu kes siasatan kecurian maklumat peribadi saya ini. Setelah selesai, saya diberikan satu nombor kes PKP100221B. Saya juga telah ditanya ada sesiapa yang disyaki dan tolong jangan sebarkan perkara ini kepada pihak ketiga untuk tidak menjejaskan siasatan. Saya juga dinasihatkan agar beri maklumat yang sahih dan jangan terlibat dalam pemalsuan apa-apa data kerana hukumannya sangat berat mengikut akta yang disebutkan. Setelah selesai, saya diberitahu, seorang pegawai siasatan bank negara akan hubungi saya dan minta saya beri nombor kes.

Saya kemudian tamatkan perbualan saya dengan pegawai RHB bank tersebut. Selang 5 minit, saya terima panggilan dari seorang pegawai kononnya dari bank negara bernama Felix untuk siasat kes saya. Nombor telefon 03-21760366. Saya telah diminta untuk beri nombor kes. Kemudian, dia memberitahu saya siasatan penuh akan dijalankan dalam masa 3 hari dan saya tidak boleh membuat apa-apa transaksi perbankan sepanjang tempoh tersebut untuk tidak menganggu siasatan. Semua maklumat perbankan saya juga katanya akan dilindungi oleh satu polisi perlindungan daripada Bank Negara selama 3 hari siasatan tanpa apa-apa bayaran tambahan. Polisi tersebut diperlukan untuk membayar ganti rugi sekiranya berlaku apa-apa kerugian di pihak saya dalam tempoh siasatan dijalankan. Tetapi untuk mengaktifkan polisi tersebut, saya diminta untuk memindahkan semua wang di dalam akaun-akaun saya yang lain ke dalam satu akaun simpanan saya. Hanya perlu tinggalkan RM50 bagi setiap akaun yang lain. Selebihnya perlu di letakkan ke dalam akaun simpanan saya yang kebetulan di Maybank. Saya di minta untuk berbuat segera bagi mempercepatkan siasatan.

LIHAT JUGA:  (Jadual) Waktu Buka Puasa Dan Imsak 2015 – Putrajaya

Saya panik dan terus bergegas pulang ke rumah dan ambil segala buku simpanan yang melibatkan akaun simpanan asb dan asw anak-anak saya. Talian telefon tidak dimatikan kerana katanya sangat urgent, so pegawai tersebut akan tunggu di talian sehingga saya pin dahkan kesemuanya ke dalam satu akaun. Selepas dapatkan buku-buku akaun tersebut, saya bergegas semula ke Maybank berhampiran, saya diminta untuk mengambil nombor dan memberitahu kepada pegawai bank negara tersebut berapa nombor lagi di depan, kaunter berapa dan pegawai yang bertugas. Setelah isi borang, saya ambil nombor dan tunggu di kaunter sementara pegawai bank negara tersebut menunggu di talian.

Sewaktu itu, saya no 2056 dan ada 4 nombor di depan saya. Tetapi saya tergerak hati dan timbul keraguan bila pegawai tersebut memaklumkan kepada saya , sekiranya pegawai bank tanya kenapa semuanya perlu dipindahkan, jangan beritahu apa-apa dan hanya cakap ianya kes kecemasan. Saya juga ada bertanya, bolehkah saya simpan semua sebagai cash dan tidak memasukkan ke dalam akaum simpanan tersebut, tetapi dia kata tak boleh kerana nanti tak dapat nak aktifkan polisi tersebut. Ada tinggal satu nombor saja lagi di depan, saya tergerak hati untuk check website bank negara.Pada awalnya, saya dah start ragu kerana memang nombor telefon berbeza dan memang apa yang disebutkan dalam unauthorised debit and credit card adalah sama modus operandinya dgn apa yang saya sedang hadapi.

Saya tak sedap hati dan terus keluar dari bank dan menamatkan panggilan. Pegawai tersebut cuba call saya berkali-kali tetapi saya tidak angkat. Saya hubungi nombor telefon bantuan/aduan bank negara 1300885465 dan menanyakan tentanga apa yang telah saya hadapi, pegawai tersebut terus menanyakan saya-adakah saya telah buat apa2 transaksi? Bila saya katakan belum, dia pun bunyi sangat lega dan katanya itu adalah modus operandi scam masa kini dan dah ramai yang terkena.tetapi selalunya selepas buat transaksi, baru nak hubungi bank negara untuk tanya kesahihan.

Oleh kerana saya tak beritau apa-apa maklumat tentang nombor akaun dan tidak buat apa-apa transaksi lagi, katanya masih terselamat tetapi disyorkan untuk buat laporan polis dan tolong sebarkan hal ini kepada umum sebagai peringatan.

JADI SAYA HARAP ANDA SEMUA DAPAT BANTU SAYA UNTUK SEBARKAN CERITA DARI PENGALAMAN SEBENAR SAYA INI..KEPADA AHLI KELUARGA, RAKAN TERDEKAT DAN SESIAPA SAHAJA. Agar kita semua akan sentiasa berada di bawah lindungannya.Terima kasih.Syukur Ya Allah, Syukur Alhamdulilillah

via Siti Juariah status update

(Visited 299 times, 1 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK