Sep 182014
 

Berita yang agak sedih bagi warga UiTM apabila seorang daripada pelajar mereka maut dirempuh kereta pensyarah semasa dalam kampus.

(Berita) Pelajar UiTM Maut Dirempuh Kereta Pensyarah

Berikut adalah berita yang dikongsikan: 

 

Shah Alam: Seorang penuntut perempuan berusia 20 tahun Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam maut selepas dirempuh sebuah kereta dalam kejadian di kampus berkenaan petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, mangsa Fatin Farah Farradia Yusof dikatakan baru selesai menghadiri kuliah di kampus berkenaan.

Difahamkan, mangsa adalah penuntut tahun dua Diploma Sains Sukan unversiti berkenaan.

Ketika kejadian, mangsa sedang berjalan bersama rakannya sebelum dirempuh sebuah kereta yang dipandu seorang pensyarah wanita.

Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia selepas dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang sejurus kejadian dipercayai akibat pendarahan dalaman. via Harian Metro

 

Selain itu, beberapa gambar di tempat kejadian turut dikongsi di media sosial.

(Berita) Pelajar UiTM Maut Dirempuh Kereta Pensyarah

 

LIHAT JUGA:  (Awas) Sindiket Tipu Minta Nombor Kad Kredit & Debit

(Berita) Pelajar UiTM Maut Dirempuh Kereta Pensyarah

Apapun, kami takziah kami ucapkan. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat allahyarhamah Fatin Farah Farradia Yusof. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang yang soleh.

(Visited 41 times, 1 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK