Aug 122014
 

Benar kata orang; Kahwin Itu Mudah Jika Kita Mudahkan! Agak menarik admin membaca kisah benar tentang pengalaman pasangan yang pada mulanya bertunang tetapi dengan sokongan keluarga, mereka berdua terus mengikat tali pernikahan demi membina ikatan yang halal dengan mudah dan diberkati Allah.

(Kisah Benar) Kahwin Itu Mudah Jika Kita Mudahkan

Semoga kisah ini mampu membuka minda masyarakat kita agar memudahkan pernikahan mana-mana pasangan dan bukan menyusahkan mereka dengan pelbagai tanggungan perbelanjaan serta alasan yang tidak munasabah semata-mata adat atau malu dengan masyarakat yang tipikal. Semoga bermanfaat: 

_ _ _ _ _ _ _

1/3/2014 tarikh sepatutnya aku bertunang dengan suami aku,
tapi lepas sesi sarung cincin dari mak mertua, ayah aku panggil suami aku dtg dekat dia, depan tetamu semua dia tanya
“mu nak nikah tak harini?”

suami aku dengan terkejut terus angguk, sapa taknak kan?? haha.
ayah aku pun panggil seorang ustaz yang kebetulan sepupu suami aku ,

dia tanya “ustaz apa hukum saya bagi anak saya kawin hari ni, saya dah ada 3 saksi dan saya wali dia?”

ustaz tu cuma jawap ” boleh, memang sah, tapi x pernah orang buat”
ayah aku jawap “orang tak buat biar saya buat”
dan paling best family mertua aku semua sokong, ALHAMDULILLAH dapat keluarga mertua yang terbuka juga,

dan kebetulan suami aku memang simpan dinar emas dalam dompet, dia keluarkan jadikan mas kawin,
dan ayah aku la yg jd tok kadi, dialah yang bagi khutbah nikah, dialah yang akadkan nikah aku

LIHAT JUGA:  (Kisah) Pengalaman Hitam Dibuli Di Orientasi UPM

mudah tak nak halalkan hubungan? mudah sangat kalau kita mudahkan.

inilah kisah bertunang sesaat

ayah aku nikahkan pun cuma nak bagi aku dating secara halal,
sebab dia tahu anak dia ni tak baik mana, takut seludup keluar dating berdua,

Ya! ada yang cakap dan hina kata ayah aku gelojoh,
ada jugak yang RESPECT dengan tindakan gelojoh ayah aku,

10/5/2014 alhamdulillah,aku dah selamat nikah mengikut cara rasmi di malaysia,
memang tak perlu pun rasmi tu,tapi dah kita hidup dalam negara macam ni, kita ikutlah,

sempoi tak baju nikah aku pertama aku?, suami aku dengan kemeja, aku dengan kurung moden jeee

inilah kisah yang aku akan simpan untuk cerita dekat anak-anak dan cucu cicit kalau umur panjang,
kisah tak berapa menarik tapi sedikit RARE lah kot,

insyaALLAH, cerita ni bukan untuk riak atau bangga, tapi untuk mengubah minda kita yang dijajah, nak kawin susah, susah susah,
jadi berzina itu jadi mudah!

(Kisah Benar) Kahwin Itu Mudah Jika Kita Mudahkan

*update: 10/5/2014 nikah rasmi itu ialah saya nikah semula dimana lengkap dengan cop imam, surat pej agama, hiv test dan kursus kawin dan lain-lain bagi memenuhi prosedure perkahwinan di malaysia

via Mira Pak Nasir facebook

_ _ _ _ _ _

Admin: Alhamdulillah. Orang kata nak bina masjid ni kena mudahkan. Jangan penuhkan dengan alasan dan rintangan. Semoga mereka kekal bahagia hingga akhir hayat. Amin.

(Visited 220 times, 1 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK