Jul 022014
 

Bagi yang ingin menunaikan zakat fitrah, bolehlah rujuk senarai kadar bayaran zakat fitrah bagi semua negeri di Malaysia ini bagi tahun 2014.

(Senarai) Kadar Zakat Fitrah Seluruh Negeri Untuk Tahun 2014

 

Semoga puasa kita lebih diberkati dan dibersihkan dari segala kekurangan dengan tertunainya zakat fitrah yang difardhukan ke atas kita. Berikut adalah kadar zakat fitrah bagi setiap negeri untuk tahun 2014: 

  • Perlis – RM 6,50
  • Kedah – RM 7.00
  • Pulau Pinang – RM 7.00
  • Perak – RM 7.00
  • Selangor – RM 7.00
  • Negeri Sembilan – RM 6.50
  • Melaka – RM 6.70
  • Johor – RM 5.00, RM 8.00
  • Pahang – RM 7.00
  • Terengganu – RM 4.50, RM 7.00, RM 7.60
  • Kelantan – RM 7.00
  • Sabah – RM 7.00
  • Sarawak – RM 7.00

WILAYAH PERSEKUTUAN

  • Kuala Lumpur – RM 7.00
  • Putrajaya – RM 7.00
  • Labuan – RM 7.00

 

(Senarai) Kadar Zakat Fitrah Seluruh Negeri Untuk Tahun 2014

Sedikit tambahan maklumat mengenai zakat fitrah

Waktu menunaikan zakat fitrah terbahagi kepada 5:

  1. Waktu Wajib: Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
  2. Waktu Paling Afdal: Sebelum sembahyang Hari Raya
  3. Waaktu Sunat: Sepanjang bulan Ramadhan
  4. Waktu Makruh: Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal
  5. Waktu Haram: Selepas terbenam matahari pada satu Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.
(Visited 63 times, 1 visits today)
LIHAT JUGA:  (Jadual) Waktu Buka Puasa Dan Imsak 2016 - Pulau Pinang

LIKE KAMI DI FACEBOOK