Jul 122014
 

Bagi yang dah beli biskut pretzel sama ada berperisa coklat, karamel atau kosong, pasti akan tercari-cari resepi homemade biskut pretzel yang mudah dan sedap.

(Resipi) Biskut Pretzel Coklat Homemade Mudah Dan Senang

Biasalah orang kata makanan yang sedap ni sekali cuba pasti nak lagi. Tapi nak beli banyak-banyak pastinya mahal. Jadi, nak mudah dan jimat bolehlah buat sendiri mengikut resepi yang disediakan di bawah.

Untuk pengetahuan terdapat dua jenis pretzel iaitu jenis lembut dan jenis biskut. Untuk jenis lembut bolehlah ke artikel resepi roti pretzel lembut ini. Untuk pretzel jenis biskut rangup boleh ikut resepi di bawah. Semoga berjaya!

 

Bahan-Bahan:

  • 250 gm mentega
  • 120 gm gula aising
  • 100 gm telur
  • 50 gm susu UHT 10 gm gula castor yang telah digaulkan dengan vanila
  • 450 gm tepung
  • 10 gm serbuk koko

 

Cara-cara membuat: 

1. Pukul mentega, gula aising dan telur hingga kembang.

LIHAT JUGA:  (Resepi) Kentang Putar / Mashed Potato Homemade

2. Gaulkan susu UHT, gula castor, tepung dan serbuk koko.

3. Dengan menggunakan beg aising, bentukkan seperti dalam gambar di bawah. Bakar dalam ketuhar sehingga masak.

4.  Sejukkan di dalam peti sejuk seketika dan celupkan dalam coklat yang telah dicairkan.

5. Biarkan coklat membeku dan sedia dihidangkan mahupun disimpan.

(Resipi) Biskut Pretzel Coklat Homemade Mudah Dan Senang

(Visited 2,227 times, 7 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK