Jul 082014
 

Wahh! Agak mudah nak hasilkan karipap mengukit resepi cara mudah yang menggunakan roti sebagai kulitnya ni.

(Resepi) Hasilkan Karipap Cara Mudah Menggunakan Roti

Jika tidak, pasti agak leceh nak buat karipap kerana perlu menggunakan tepung sebagai kulitnya. Kini, dengan menggunakan roti pun dah boleh buat karipap yang sedap-sedap. Terbaik!

Bahan-bahan: 

  • Roti
  • Telur
  • Inti Karipap (bawang besar, bawang putih, serbuk kari daging, kentang, ayam).

Cara-Cara

  1. Sediakan inti karipap. (Yang ini versi mudah dan senang):
    1. Rebus kentang hingga 3/4 masak. Toskan dan potong dadu.
    2. Tumis bawang besar dan bawang putih smpai wangi
    3. Masukkan isi ayam dan kacau
    4. Masukkan kentang, serbuk kari daging, dan air, kacau hingga sebati, biar sampai pecah minyak
    5. bila agak kering, tambah air lagi & kiub.. kacau smpai kiub hancur
    6. masuk gula dan garam secukup rasa dan gaulkan sebati, biar sehingga agak kering..tutup api dan siap.
    7. *Tip: nak tambah daun sup(hiris halus) @ ganti ayam dengan sardin pun boleh
  2. Lenyekkan roti hingga padat
  3. Letakkan roti di atas alat kelim karipap tu. (Jika ada)
  4. Letakkan inti di tengah-tengah roti dan lipat roti tersebut menjadi bentuk karipap.
  5. Sapukan atau celup bahagian gigi karipap ke dalam telur (Nak celup semua bahagian karipap pun boleh) dan goreng sehingga keemasan. Siap!
LIHAT JUGA:  (Resepi) Biskut Badam Mudah Dan Sedap

(Resepi) Hasilkan Karipap Cara Mudah Menggunakan Roti

(Visited 1,106 times, 1 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK