Jul 032014
 

Baru-baru ini tersebar gambar shopping complex yang dipenuhi ikan.

(Kisah) Disebalik Gambar Shopping Complex Dipenuhi Ikan

Tahukah anda, apakah kisah disebalik kedatangan ribuan ikan tersebut?

Ceritanya, dulu bangunan shopping mall ini punyai ketinggian 11 tingkat. Tetapi pada tahun 1997, 7 tingkat atas bangunan ini terpaksa dirobohkan atas sebab undang-undang tidak membenarkan mana-mana bangunan tinggi melebihi 4 tingat hanya kerana ada istana di kawasan tersebut.

Pada tahun 1999 pula, berlaku kebakaran yang mengakibatkan kematian. Dan sejak dari itu, bangunan itu dibiarkan begitu sahaja tanpa bumbung.

Hujan turun hari demi hari dan mengakibatkan air bertakung dan di bahagian ground floor pula menjadi kolam. Kesannya? 2003-2004 nyamuk membiak dengan bermaharajalela di kawasan itu dan menyebabkan ketidakselesaan pada penduduk sekitar.

Bagi mengatasi masalah berkenaan, penduduk sekitar meletak beberapa ekor ikan dalam kolam itu untuk mengawal pembiakan nyamuk. Hasilnya? Berkesan!

Sejak dari itu, ikan-ikan mula membiak. Namun kisah kolam ini hanya diketahui oleh penduduk kawasan itu sahaja. Entah bagaimana ia boleh tersebar di Facebook.
Semenjak perkhabaran mengenai kolam itu tersebar di laman sosial, ramai orang luar datang dan hal ini sampai ke pengetahuan pihak berkuasa tempatan.

LIHAT JUGA:  (Gambar) Unta Makan Kepala Budak!

Pihak berkuasa tempatan terpaksa menutup kawasan terbabit atas faktor keselamatan.

Lagi gambar keadaan dalam shopping complex tersebut:

(Kisah) Disebalik Gambar Shopping Complex Dipenuhi Ikan

 

(Kisah) Disebalik Gambar Shopping Complex Dipenuhi Ikan

(Kisah) Disebalik Gambar Shopping Complex Dipenuhi Ikan

 

(Kisah) Disebalik Gambar Shopping Complex Dipenuhi Ikan

(Kisah) Disebalik Gambar Shopping Complex Dipenuhi Ikan

(Visited 23 times, 1 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK