Jul 032014
 

Berita gembira untuk penjawat awam. Anda dikatakan akan mendapat bonus duit raya sebanyak RM500.

(Bonus) Duit Raya RM500 Untuk Penjawat Awam

Fuhh memang langkah kananlah anda. Berita lanjut adalah seperti berikut:

Putrajaya : Kerajaan bersetuju memberi Bayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 sebagai persiapan hari raya Aidilfitri kepada penjawat awam bagi Gred 1 hingga Gred 54.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, bantuan khas itu juga akan dinikmati oleh 684,000 pesara kerajaan sebagai menghargai jasa perkhidmatan dengan jumlah bayaran sebanyak RM250.

“Pembayaran bantuan khas ini akan dibuat mulai 15 Julai ini.

“Bayaran Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan ini membabitkan peruntukan kewangan sebanyak RM890 juta,” katanya dalam kenyataan, hari ini. via myMetro

Semoga artikel ini mampu menggembirakan anda. Selamat berpuasa :)

(Visited 37 times, 1 visits today)
LIHAT JUGA:  (Berita) Bekas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Meninggal Dunia

LIKE KAMI DI FACEBOOK