Jul 082014
 

Fuuhhh tadi kami ada kongsi gambar batang besi yang menembusi sebuah kereta. Tapi baru terjadi awal pagi tadi, tiang lampu tertusuk perut penumpang sebuah kereta. Ngeri gak tengok gambar yang dikongsikan tersebut.

(Berita) Tiang Lampu Tusuk Perut Penumpang Kereta

Kejadian ini berlaku di Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS). Berikut adalah gambar dan berita yang dikongsikan: 

 

Seremban : Seorang lelaki warga Nigeria menderita kesakitan apabila tiang lampu jalan tertusuk di perutnya selepas kereta yang dinaikinya bersama rakan senegara terbabit dalam kemalangan berhampiran Plaza Tol Setul, Lebuh Raya Kajang-Seremban (LEKAS) di sini, pagi hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi itu, mangsa bersama tiga rakan senegaranya dipercayai terbabas sebelum merempuh tiang lampu itu.

Akibat rempuhan itu, tiang lampu menusuk bahagian perut mangsa berusia 20-an yang duduk di bahagian penumpang hadapan manakala pemandu dan dua lagi penumpang tidak mengalami kecederaan.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban N Sundarum berkata, pihaknya menerima panggilan jam 5.31 pagi dan tiba di lokasi kejadian 10 minit kemudian.

“Kami tiba di lokasi dengan kekuatan 15 anggota termasuk bantuan dari Balai Bomba dan Penyelamat Mantin.

“Anggota kami memotong besi berkenaan untuk mengeluarkan mangsa dari kereta itu,” katanya.

Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban di sini, untuk rawatan lanjut.

 

LIHAT JUGA:  (Gambar) Kanak-Kanak Cedera Tin Pepsi Meletup

(Berita) Tiang Lampu Tusuk Perut Penumpang Kereta

(Visited 65 times, 1 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK