Jul 012014
 

Alhamdulillah. Nampaknya seorang lagi artis iaitu Neelofa kini berhijrah dan bertudung sepenuhnya setelah gambar beliau berhijab serta pengakuannya tersebar di laman sosial.

(Gambar) Neelofa Kini Berhijrah Bertudung Sepenuhnya

Perubahan yang beliau lakukan itu bermula sejak awal Ramadan lalu. Berita ini disahkan sendiri oleh pengurus Neelofa yang mengetahui tentang penghijrahan Neelofa itu.

Berikut adalah gambar serta berita tempatan yang dikongsikan bersama:

KUALA LUMPUR, 1 JULAI 2014: Di laman sosial ketika ini heboh diperkatakan tentang penghijrahan pelakon dan pengacara popular Neelofa, yang sudah mengenakan tudung.

Beberapa keping foto yang menyebut tentang perubahan Neelofa itu turut dikongsi di laman sosial Instagram.

Foto pertama yang tersebar ialah perbualan di antara pengacara MeleTop itu dengan seorang jurugambar profesional Annas Eskey menerusi aplikasi i-message selain sekeping foto yang dikongsi adik Neelofa di akaun Instagram ameera812.

(Gambar) Neelofa Kini Berhijrah Bertudung Sepenuhnya

Bagaimanapun Pengurus Neelofa, Shawn Amer telah mengesahkan pelakon Azura itu kini sudah bertudung dan akan kekal bertudung.

“Ya, Lofa sudah bertudung. Dia mengambil keputusan untuk bertudung sejak awal Ramadan lalu.

“Saya sebagai pengurus turut menyokong perubahan dan penghijrahan Lofa kerana ia perkara yang baik. Saya yakin Lofa juga amat menghargai sokongan daripada teman-teman dan para peminat semua,” katanya ketika dihubungi Astro Gempak pada petang Selasa.

 

Tambah Shawn lagi dia turut menyedari beberapa perubahan pada diri Neelofa atau pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor itu sejak tiga bulan yang lalu.

“Saya perasan perubahan pada diri dia (Neelofa) sejak tiga bulan lalu dan saya gembira tentang itu. Apabila dia membuat keputusan untuk bertudung, saya sendiri pun terkejut kerana dia tidak beritahu kepada sesiapa,” ujarnya.

 

LIHAT JUGA:  M. Rajoli Disahkan Meninggal Dunia… Al-Fatihah!

(Berita) Neelofa Kini Berhijrah Bertudung Sepenuhnya

(Berita) Neelofa Kini Berhijrah Bertudung Sepenuhnya

 

Apa pun tahniah kami ucapkan. Semoga beliau istiqamah dan ikhlas dalam penghijrahan ini. Berkat bulan Ramadan mungkin..

(Visited 123 times, 3 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK