Jun 172014
 

Pasti ramai yang tertanya-tanya, apa nak buat jika kita ada tertinggal puasa sejak dari zaman dinasour lagi? Bagaimanakah cara nak ganti atau qadha puasa yang tertinggal beberapa tahun lepas tu?

(Video) Cara Ganti Puasa Yang Tertinggal Beberapa Tahun Lepas

Untuk penjelasan dan jawapan yang tepat, bolehlah tonton video tentang hal tersebut: 

 

 

Cara qadha puasa dari penerangan video tersebut:

  1. Bertaubat
  2. Ganti puasa yang tertinggal. Untuk satu hari tinggal puasa mestilah digantikan dengan satu hari puasa serta mesti sedekah 1 cupak beras.
  3. Bayar *fidyah untuk setahun. Hanya sekali sahaja
  4. Jaga puasa akan datang.

*Apa itu Fidyah?

Fidyah merupakan bayaran denda yang dikenakan kepada seseorang yang tidak dapat mengganti puasanya di bulan Ramadhan pada sesuatu tahun sehinggalah tibanya bulan Ramadhan tahun berikutnya.

Hukum membayar fidyah adalah WAJIB . Dengan membayar fidyah tidak bermaksud mereka tidak perlu lagi menggantikan puasanya kerana puasa tersebut tetap wajib digantikan mengikut bilangan hari yang telah ditinggalkannya.

LIHAT JUGA:  (26 Soalan) Ustaz Azhar Idrus Di Masjid Shah Alam 29 Januari 2012

Kadar fidyah dikira berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk) semasa iaitu sebanyak secupak. Kadar tersebut berubah mengikut harga yang ditetapkan pemerintah di sesuatu tempat. Beras tersebut hendaklah diberi makan kepada fakir dan miskin dan bukan berbentuk wang tunai, pakaian dan sebagainya.

_ _ _ _ _ _

Semoga artikel ini bermanfaat untuk rujukan

(Visited 55 times, 1 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK