Jun 272014
 

Ini berita kedua melibatkan golongan OKU. Terbaru seorang wanita OKU dalam usia 30 an ditemui terkurung dalam sebuah bilik gelap.

(Berita) Wanita OKU Ditemui Terkurung Dalam Bilik Gelap

Katanya si abang ni yang mengurung beliau kerana ibu bapa mereka sudah meninggal dunia. Apa pun sebabnya adakah patut golongan ini dikurung? Kenapa tak rujuk kepada kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat? Berikut adalah berita yang dikongsikan bersama: 

 

Tumpat: Seorang wanita orang kurang upaya (OKU) berusia 30-an yang dipercayai dikurung lebih 10 tahun di bawah rumah, diselamatkan anggota polis bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), di Kampung Pasir Pekan Hulu, di sini, petang tadi.

Serbuan ke rumah itu dilakukan kira-kira jam 3.30 petang selepas polis dan JKM mendapat maklumat daripada penduduk kampung terbabit.

Wanita terbabit ditemui dalam keadaan kurus kering dan tidak terurus selepas dikurung dalam sebuah bilik konkrit di bawah rumah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Superintendan Zaharuddin Rasip berkata, keluarga mangsa akan dipanggil untuk diambil keterangan.

“Berdasarkan maklumat, ibu bapa OKU ini Sudah meninggal dunia dan dia dijaga abangnya. Ketika serbuan, tiada ahli keluarga berada di situ,” katanya. – myMetro

(Berita) Wanita OKU Terkurung 10 Tahun Dalam Bilik Gelap

(Visited 19 times, 1 visits today)
LIHAT JUGA:  (Gambar) Kanak-Kanak Cedera Tin Pepsi Meletup

LIKE KAMI DI FACEBOOK