Jun 172014
 

Berita baik bagi yang ingin membeli kereta baru. Pengeluar kereta Perodua telah menurunkan harga Perodua Viva mereka sebanyak RM5300 bermula hari ini.

(Berita) Harga Perodua Viva Turun Sebanyak RM5,300

Berikut adalah berita yang dikongsikan: 

KUALA LUMPUR: Perodua mengurangkan harga atas jalan semua varian Viva sehingga RM5,300, berkuat kuasa hari ini, di semua 181 premis jualannya di seluruh negara.

Dalam satu kenyataan, Perodua berkata ia juga akan memberi bonus tunai RM800 kepada mereka yang menempah Viva mulai hari ini hingga 31 Ogos.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Aminar Rashid Salleh berkata selain habuan itu, pelanggan juga disediakan pakej perkhidmatan percuma selama tiga tahun yang kini ditawarkan kepada semua pelanggan baharu Perodua.

“Pengurangan harga itu dibuat hasil inisiatif penjimatan kos kami yang dilaksanakan sejak 2011.

“Harga baharu ini akan membantu pengguna di seluruh negara untuk memiliki kenderaan mampu milik berkualiti tinggi, terutama menjelang Ramadan, Hari Raya Aidilfitri dan sambutan Hari Merdeka, kata Aminar Rashid. via Astro Awani

 

LIHAT JUGA:  (Gambar) Konsep Superbike Masa Depan Yang Futuristik

Jadi, rebutlah peluang ini untuk mendapatkan kereta baru anda. Banyak diskaun dan bonus yang diberikan Perodua. Sesuai juga untuk pelajar dan lepasan universiti pun boleh beli.

Apa kata anda? Adakah berbaloi memilikinya atau sebaliknya?

(Visited 49 times, 1 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK