Jun 172014
 

Bagi yang baru kahwin, tidur berbantalkan lengan suami merupakan pengalaman yang baru dan segar untuk dinikmati. Namun, amalan ini kian lama kian pudar bila usia perkahwinan mencecah bertahun-tahun. Tahukah anda kenapa perlu tidur berbantalkan lengan suami?

(Artikel) Kenapa Perlu Tidur Berbantalkan Lengan Suami?

Untuk maklumat dan penerangan lanjut, bolehlah baca sebaran artikel di bawah. Semoga bermanfaat: 

_ _ _ _ _ _ _ _ _ _

Dari bancian ke atas 10 ribu pasangan yang berkahwin (sumber kajian MOHEMA) hanya kira-kira 45% sahaja isteri yang tidur berbantalkan lengan suami selepas 3 tahun berkahwin.

Dan hanya tinggal 21.7% sahaja isteri yang masih tidur berbantalkan lengan suami selepas 10 tahun usia perkahwinan.

Tahukah kaum isteri, bahawa hormon bau phero yang di rembes dari ketiak lelaki/suami boleh mengaktifkan hormon wanita/isteri hingga mereka merasa damai dan tenang?

Sebenarnya hampir 65% bau badan lelaki/suami datang dari celahan ketiak dimana kelenjar phero paling aktif.

Jadi para isteri semua, ketepikanlah bantal-bantal anda, tidurlah di atas lengan suami hingga ke pagi, hampirkan hidung di celahan ketiaknya.

LIHAT JUGA:  (Artikel) Sabit Kuku Penentu Kesihatan Seseorang?

Tidak di nafikan anda akan peroleh pengalaman yang cukup rilex dan tenang.

Ianya tanda bahawa bau phero suami anda sedang bertindak balas dengan kelenjar hormon anda (pengalaman ini hanya perempuan sahaja yang tahu bertapa asyik dan rilexnya)…

FAKTA….serius….

Dan dari kajian itu juga menyatakan isteri yang tidur di atas lengan suami akan tidur lebih lena dan nyenyak sehingga mencapai tahap 7 hingga 8 dalam tahap lena tidur.

Dan peringatan untuk lelaki/suami, jangalah cukur ketiak anda togel, biarkan sedikit atau trim sikit aje bulu-bulu itu yang merupakan ejen penyebar bau phero yang di senangi wanita.

Jadi…pada isteri-isteri semua, anda semua praktikan ke tidur atas lengan suami?

Suami-suami semua, adakah anda cukur licin ketiak atau biarkan berbulu?

_ _ _ _ _ _

Apa? Suami takde? Atau takde suami? Jangan risau. Boleh cari bantal berbentuk lengan suami macam gambar bawah ni. Pun boleh. Keh3..

(Visited 77 times, 1 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK