May 212014
 

Sebenarnya dah lama dikongsikan tips dan cara mohon rumah mesra rakyat (RMR) 1 Malaysia ni di facebook.

Tips Cara Mohon Bantuan Rumah Mesra Rakyat RMR 1 Malaysia

Tapi kami kongsikan juga di laman ini untuk kemudahan rakyat Malaysia mencari dan merujuk cara memohon RMR 1 Malaysia ini melalui kata carian di Google. Semoga bermanfaat bagi yang ingin berjimat dalam perbelanjaan hidup bilamana kos sara hidup yang makin meningkat sekarang ini.

Cara memohon: 

  1. Dapatkan borang di Pejabat Wakil Rakyat kawasan anda.
  2. Lengkapkan borang tersebut dan sediakan dokumen yang berkaitan.
  3. Serahkan kepada Mesra di pejabat cawangan.
  4. Penilaian pertama oleh SPNB Mesra. Keputusan lulus/tidak lulus akan dimaklumkan.
  5. Jika lulus, penilaian kedua untuk syarat pinjaman pula akan dijalankan. Keputusan lulus/tidak lulus akan dimaklumkan.
(Tips) Cara Mohon Rumah Mesra Rakyat (RMR) 1 Malaysia

Contoh design rumah yang sudap siap. Boleh print gambar ni untuk dijadikan design rumah sendiri.

 

Namun ada syaratnya sebelum anda memohon:

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 18 hingga 65 tahun*.
  • Pendapatan kasar seisi rumah di antara RM750 sehingga RM3,000 sebulan.
  • Pemohon/Pasangan tidak mempunyai rumah sendiri atau mempunyai rumah yang usang/tidak sempurna.
  • Tanah/tapak cadangan mestilah bersesuaian dan bebas daripada gadaian/sekatan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran daripada tuan punya tanah yang dicadangkan.
  • Keluasan tanah tidak kurang daripada 2,800 kps.
  • Tertakluk kepada peruntukan dan kelulusan pinjaman melalui SPNB.
LIHAT JUGA:  (Senarai) Simptom & Tanda Haiwan Peliharaan Sedang Sakit

* Bagi pemohon dari Semenanjung yang berumur melebihi 43 tahun, pemohon kedua yang berumur di antara 18-43 tahun diperlukan dan penjamin (sekiranya perlu) kecuali bagi Kawasan Pulau

* Bagi pemohon dari Sabah, Sarawak dan Kawasan Pulau yang melebihi 41 tahun, pemohon kedua yang berumur di antara 18-41 tahun diperlukan dan penjamin (sekiranya perlu)

 

Berikut adalah antara harga dan ciri-ciri rumah yang anda boleh pilih:

Tips Cara Mohon Bantuan Rumah Mesra Rakyat RMR 1 Malaysia 3

Tips Cara Mohon Bantuan Rumah Mesra Rakyat RMR 1 Malaysia 3

Tips Cara Mohon Bantuan Rumah Mesra Rakyat RMR 1 Malaysia

Kalau nak apply dan memohon bolehlah rujuk pejabat wakil rakyat/adun kawasan anda dan mintalah borang untuk permohonan RMR ini.

Sila sebarkan supaya semua orang tahu dan dapat bantu mereka yang memerlukan.

(Visited 5,150 times, 5 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK