May 162014
 

(Resepi) Hasilkan Biskut Pepero Homemade Mudah

Bagi anda yang kecewa dengan ketidakjelasan status halal Pepero, bolehlah cuba hasilkan sendiri biskut pepero yang mudah dan sedap mengikut resepi yang dikongsikan ini:

BAHAN-BAHAN UNTUK MEMBUAT PEPERO HOMEMADE

  • 1 biji kuning telur
  • 1 biji putih telur
  • 3 1/2 oz milk chocolate
  • 1 oz white chocolate
  • 1/4 cawan susu pekat manis
  • 2 sudu besar gula
  • 1/8 sudu kecil garam
  • 1/4 cawan mentega
  • 2 sudu besar air
  • 1 1/2 cawan tepung
  • 1/2 sudu kecil baking powder

CARA-CARA UNTUK MEMBUAT PEPERO HOMEMADE

  1. Campurkan susu pekat manis dengan air dan ketepikan.
  2. Satukan tepung, gula, baking powder dan garam. Gaul hingga sebati.
  3. Kemudian masukkan mentega ke dalam adunan tepung, setelah sebati masukkan kuning telur.
  4. Akhir sekali masukkan bancuhan susu tadi. Sekiranya adunan masih melekit, tambahkan tepung hingga adunan menjadi doh.
  5. Balut doh dengan plastik dan simpan dlm peti sejuk selama 20 minit. Tujuannya adalah untuk memastikan doh sebati dan rangup setelah dibakar.
  6. Keluarkan doh dan bentukkan menjadi jejari. Setelah siap, simpan sekejap doh yg dibentuk tadi dalam peti sejuk, lebih kurang 10 minit.(Resepi) Hasilkan Biskut Pepero Homemade Mudah
  7. Pastikan oven telah dipanaskan dgn suhu 175 darjah celcius. Keluarkan biskut jejari tadi dan sapukan putih telur dan bakar selama 20-25 minit atau hingga biskut masak
  8. Untuk salutan biskut, cairkan milk chocolate dan white chocolte dengan kaedah double boiler. Jika kreatif, boleh saja tambahkan pelbagai jenis hiasan coklat mengikut citarasa anda.
  9. Sebelum biskut dicelup ke dalam coklat, pastikan biskut telah sejuk.
LIHAT JUGA:  (Resepi) Sambal Tumis Mudah Dan Sedap

CATATAN: Di luar negara pepero atau jejari coklat ini dikenali sebagai PRETZEL ROD kerana ia menggunakan beberapa gabungan dari pretzel. Yang pasti jika diluar negara pepero atau pretzel rod ada beberapa kelainan dengan resepi kita di malaysia.

Resepi via bukuresepi.com

_ _ _ _ _ _

Atau jika malas sangat, bolehlah cari biskut jejari yang banyak dijual di kedai runcit dan pasaraya seperti dalam gambar ni:

(Resepi) Hasilkan Biskut Pepero Homemade Mudah

Dan akhir sekali tambahlah ia dengan hiasan coklat secantik dan sekreatif yang anda boleh contohnya seperti ini. Bolehlah jadi rupa pepero wannabe:

(Resepi) Hasilkan Biskut Pepero Homemade Mudah

 

Amacam? Mudahkan? Bolehlah cuba bila ada masa lapang atau masa cuti sekolah nanti. Ajak family makan sama-sama mesti meriah :)

Photo via insunee.blogspot.comseoulsearching.net, tat-keju.blogspot.com

(Visited 1,985 times, 3 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK