May 222014
 

Keh3.. Agak kelakar bila membaca parodi himpunan peribahasa melayu yang dimasukkan perkataan panda.

(Parodi) Bila Peribahasa Melayu Dimasukkan Perkataan Panda

Ianya timbul selepas tersebarnya berita tentang kos perbelanjaan dua ekor panda yang ditempatkan di Zoo Negara tersebut mencecah jutaan ringgit. Ramai yang stress dan mengkritik kerana dikatakan dua ekor panda tersebut adalah satu pembaziran kerana pelbagai kos perlu dibayar baik dari segi kemudahan tempat tinggal mahupun penjagaan.

Apa pun jom baca koleksi peribahasa panda tersebut. Jangan guna dalam exam dah la :) 

“Tuntutlah Panda, walau ke negeri china”.

“Sepandai-pandai Panda melompat, akhirnya jatuh ke Malaysia jua”.

“Carik-carik Panda, akhirnya bercantum jua”.

“Dua tiga panda berlari, mana nak sama si panda belang”.

“Di mana ada zoo, di situ ada Panda”.

“Yang merah itu saga, yang hitam putih itu panda”.

“Panda dari China disusukan, anak dari rumah mati kelaparan”.

“Harapkan Panda, Panda makan padi”.

“Pucuk dicita, Panda mendatang”

“Yang kurik itu kundi, yang hitm putih itu Panda. Yang indah itu budi, yang 72 juta itu Panda”.

“Besar badan panda, zoo negara kami tadahkan”.

“Tuah ayam nampak di kaki, tuah panda nampak di Malaysia”.

“Panda di zoo ada insuran, anak di rumah tiada takaful.”

“Buah cempedak di luar pagar, amik Panda tolong jolokkan”.

“Jika tiada Panda, Masakan pokok bergoyang”.

“Terbakar kampung nampak asap, terbakar zoo panda pun mati”.

“Teka teki teka tekuk, panda hidup dalam banglo 72 juta.”

Selain itu terdapat juga komen yang paling epic sekali tentang isu panda ini iaitu:

LIHAT JUGA:  (Video) Remaja Kencing Depan Polis...

(Parodi) Bila Peribahasa Melayu Dimasukkan Perkataan Panda

Erm apa nak jadilah dengan Malaysia ni. Makin hari makin pelik jadinya..

Apa pendapat anda dengan isu panda ni? Apakah kebaikan yang kita dapat dari dua ekor panda ni? Berbaloi ke?

(Visited 104 times, 1 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK