May 072014
 

Tahukah anda minuman kotak sama ada susu atau soya amat mudah rosak walaupun belum sampai tarikh tamat?

(Gambar) Minuman Kotak Susu Dan Soya Mudah Rosak?

Mungkin proses pembungkusan, penghantaran atau penyimpanan yang kurang sempurna akan menyebabkan susu kotak tersebut mudah rosak.

Seorang pengguna facebook telah berkongsi pembelian minuman susu kotak beliau yang disimpan baik dalam peti sejuk di rumah. Namun bila dibuka salah satu minuman tersebut, akhirnya, inilah hasilnya: 

 

(Gambar) Minuman Kotak Susu Dan Soya Mudah Rosak?

Perkongsian via FB

Dan lagi satu kes adalah susu kacang soya dalam kotak. Lihatlah gambar di bawah ni:

(Gambar) Minuman Kotak Susu Dan Soya Mudah Rosak?

Erm.. nampak agak geli dan menjijikkan. Kedua-dua minuman tersebut belum sampai lagi tarikh tamatnya namun sudah rosak.

Bagi yang ingin membeli susu atau apa saja minuman dalam kotak, adalah disarankan membuka kotak tersebut dan lihat dulu jika ada tanda-tanda kulat atau kerosakan sebelum minum. Atau paling tidak pun jika tidak dapat/mahu membuka minuman kotak tersebut, cek dulu dengan straw jika terdapat sebarang objek atau benda dalam kotak tersebut.

(Visited 57 times, 1 visits today)
LIHAT JUGA:  (Info) 7 Tanda Kucing Menyayangi Anda

LIKE KAMI DI FACEBOOK