May 182014
 

Semalam tersebar 2 gambar yang menunjukkan seorang wanita bertelekung di atas sejadah menunaikan solat dan baca Al-Quran di atas jejantas.

(Bongkar) Sebab Wanita Ini Solat, Baca Quran Atas Jejantas

Edisi bongkar kali ini akan merungkai sebab kenapa wanita tersebut berkelakuan begitu sehingga menimbulkan tanda tanya orang ramai. Akhbar Metro online telah melaporkan: 

Kuala Lumpur: Wanita yang ditemui di atas jejantas berhampiran Bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) kerana menunaikan solat dan membaca al-Quran memberi alasan berbuat demikian selepas mendapat alamat melalui mimpi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad, berkata kejadian selepas pihaknya menerima maklumat dari orang awam, pada 1.30 petang Sabtu.

“Anggota polis yang melakukan penugasan am bergegas ke lokasi kejadian kerana bimbang wanita itu akan dilanggar kenderaan sebelum membawanya ke Balai Polis Tun HS Lee.

“Dia kemudiannya dihantar ke Unit Psikiatri Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaan kesihatan,” katanya ketika dihubungi.
Katanya, wanita itu dikenali sebagai Anita Shiar, 27, warga Indonesia dan tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui padanya malah maklumat juga diberikan secara lisan.

Difahamkan, gambar wanita itu menjadi viral di laman sosial lewat petang tadi sehingga menimbulkan tanda tanya orang ramai. via myMetro

Apapun diharapkan semoga wanita tersebut selamat dan baik-baik sahaja. Janganlah kerana terikut-ikutkan mimpi, sanggup bergadai nyawa membahayakan diri.

(Visited 45 times, 1 visits today)
LIHAT JUGA:  Adoi Buat Sementara Waktu Korang Bersabarlah! Punca Kuasa Dua Kepada Masalah Tenet Slow Ada Di Laut!

LIKE KAMI DI FACEBOOK