May 072014
 

Siri bongkar kali ini, saya ingin berkongsi tentang penipuan kedai henfon yang suka paksa pelanggan untuk daftar Apple ID dan pelanggan akan dipaksa untuk bayar proses pendaftaran tersebut sehingga beratus-ratus ringgit. Memang tidak masuk akal.

(Bongkar) Kedai Henfon Paksa Bayar Untuk Daftar Apple ID

Untuk pengetahuan bagi yang belum pernah menggunakan produk Apple, sepanjang  2 tahun lebih pengalaman saya menggunakan produk Apple, proses daftar atau create Apple ID adalah percuma dan semua apps yang kebiasaannya digunakan seperti Facebook, twitter, instagram, whatapps, gmail, youtube, wechat dan macam-macam lagi adalah percuma. Satu sen pun saya tak pernah keluarkan untuk daftar Apple ID atau untuk guna mana-mana apps  walaupun tak jailbreak.

Dengan satu sahaja Apple ID yang percuma ni, anda boleh guna di kesemua peranti Apple seperti Macbook, iMac, iPod, iPad dan iPhone. Jika ada orang yang berkata sebaliknya maka ketahuilah bahawa ianya dusta belaka.

Namun berlainan pula dengan sebuah kedai di Terminal 1, Seremban, Negeri Sembilan ini, demi mengaut keuntungan mereka melakukan perniagaan smartphone dengan menipu, memaksa dan mengugut pelanggan. Amat tidak beretika sekali perniagaan mereka. Jadi, jika anda ke tempat tersebut silalah berhati-hati.

Berikut adalah kisah yang dikongsikan oleh seorang pengguna facebook yang menjadi mangsa kerakusan penipuan kedai henfon tersebut: 

Saya mahu berkongsi pengalaman saya di TERMINAL ONE, tingkat Empat di kedai henfon yang takde tulis nama kedai tapi paparan hitam tulisan LENOVO. (Nama kedai dikatakan Wish Generation).
SEMOGA PIHAK RAMAI MENDAPAT PENGAJARAN DAN SETERUSNYA MEMBENDUNG KEJADIAN MENIPU LICIK INI!!!!

Kejadian berlaku pada 4hb Mei 2014, pkul 6.30 petang. Saya menemani rakan datang ke terminal one, dengan niat untuk membeli Apple Iphone 5. Setelah membuat tinjauan, di dapati harga yang di tawarkan suatu kedai di Tingkat 4, Terminal One dengan paparan Lenovo di kiosk tersebut (lokasi kiosk/kedai sperti dilakaran di bawah):

(Bongkar) Kedai Henfon Paksa Bayar Untuk Daftar Apple ID

Apple Iphone 5 16gb berharga RM1699 manakala 32gb ditawarkan RM1899. Hanya perlu tambah RM200 dapat model 32gb. Setelah tawar menawar harga model 32gb diturunkan kepada RM1850 dan seterusnya final RM1800. Bagi kami harga tersebut ok, setelah dibandingkan survey kasar di The Mines, dan juga di sekitar Senawang.

Ketika itu, yang menjaga kiosk tersebut jugak dipercayai rakan kongsi kiosk tu dua orang wanita cina (berusia lingkungan 20-30 tahun). Setelah bersetuju dengan harga RM1800 utk model 32gb, kami bersetuju dan diberi tawaran percuma untuk screen protector dan housing (anggaran bernilai RM10-15). Jadi, deposit diperlukan sementara menunggu pemasangan screen protector, rakan saya meletakkan RM50, lalu kami pergi membeli makan sebentar di kedai ground level Terminal One.

Setelah kembali dalam 15 minit kemudian, iphone siap dipasang screen protector, dan kami berpuas hati, lalu membayar baki sebanyak RM1750. Setelah itu, seorang perempuan berbangsa cina (berambut panjang), dgn cepat nya offer kami utk jailbreak iphone, sambil cerita kelebihan jailbreak/apps percuma dll.

Untuk makluman, saya dah menggunakan product iphone selama 5 tahun lebih dan tidak menggalakkan jailbrek bagi pengguna biasa seperti rakan saya yang sekadar melayari internet dan social surfing.

Jadi saya cakap tidak. Setelah berkali kali menolak tawaran tersebut, akhirnya beliau akur. Kemudian perempuan cina tersebut dengan cepat cakap, untuk tolong create apple id, dan masukkan applikasi secara percuma. Dia cakap takpe saya tolong u.

Dalam hati saya tidak perlu pun takpe sebab applikasi itu percuma je, dan id boleh kita create secara peribadi/privacy sendiri di rumah. Tapi ntah kenapa, saya dan rakan bersetuju lalu mungkin memudahkan kami lagi, bila balik tak payah susah-susah nak create/install apps.

Jadi perempuan cina tersebut meminta kami masa 30-40 minit lagi – offer percuma utk create id, install application dan game serta update software iOS dari 7.0.x kepada 7.1

Jadi sekali lagi kami merayau-rayau untuk membuang masa selama 30-40 minit.

Setelah kembali 40 minit kemudian, perempuan cina tersebut menunjukkan apa yang telah di lakukan seperti create id, disertakan id tersebut dan password, dan application seperti WECHAT, WHATSAPP, TANGO, VIBER, FACEBOOK dan TWITTER, tetapi tiada game game seperti yang dikatakan. Dalam hati saya ini semua free, takpe lah.

Akan tetapi perempuan cina tersebut ambil calculator dan tunjukkan charge sebanyak RM299 dikenakan atas service tersebut.

NAMPAK TAKKK?
1) Kesilapan pertama: tidak meminta resit ketika sebaik sahaja bayaran diberikan: kunun atas sebab professionalism/kepercayaan pihak kedai.
2) Verbal agreement mngatakan percuma tetapi kemudiannya RM299 utk software yg percuma?

Sedikit kekecohan berlaku, kerana saya bukannya buta Apple.

PERTAMA:
Saya menegaskan Apple ID adalah percuma. Akan tetapi kedua dua perempuan tersebut menegaskan ia berbayar utk model iphone 5 dan iphone 5s. Saya hanya menggunakan iphone 4s, jadi mereka ingat saya tak tahu tentang apple id.

Perempuan berdua ini claim: “Kalau you pergi midvelley apple centre you kne bayar RM500 tau, minta kad kredit la ape la tau untuk create apple id”.

Saya menegaskan secara percuma tetapi perempuan berdua ini tetap cakap kena bayar. Mereka berdua cakap mereka turut menggunakan iphone dan id mereka tersebut juga adalah dibayar kepada technician.
WHAT THE FISHHH??

Saya dengan tak puas hatinya mengeluarkan iphone saya, dan create Apple ID depan mata perempuan cina ini. Mereka berdua kelihatan gelisah.. Apple ID created, dan saya menegaskan bahawa saya pengguna apple product sudah 5 tahun lebih, macbook pro, air, ipad dan iphone. Kedua dua perempuan ini mula bercakap irrelevant, dan out of topic (explain apple id tu privacy, sebab tu kena bayar), dan masih menegaskan perlu bayar RM299.

KEDUA:
Saya jugak menegaskan di mana software yang dimasukkan itu, setting iphone dll. Saya masih tak nampak di mana yg kos RM299, sedangkan fb, whatsapp dan wechat adalah percuma. Bagi saya RM299 adalah kos sangat menipu dan tidak disebut pada awal perjanjian.

KETIGA:
Saya dengan tegas mngatakan bayaran RM299 tidak langsung disebut pada awal perjanjian malah berkata ia adalah percuma, dan jugak cakap “mahu tolong install dan create”.

Akan tetapi perempuan cina tersebut cakap: saya kata ada cas sedikit, mana bole percuma macam mana mahu buat bisness maa kalau percuma.

Saya skali lagi mencelah mngatakan KAMU PATUT CAKAP AWAL AKAN DIBAYAR CAS RM299, dan dia dengan selamba cakap: saya tak tahu maa, ini harga technician sekejap naik skejap turun, dan memberikan analogy pertandingan bola sepak Chelsea lawan Manchester mana tahu maa siapa menang siapa kalah, sama lah dengan harga service tersebut.Betapa sakitnya hati aku dengar analogi bodoh perempuan tersebut.

Kemudiannya perempuan cina tersebut memanggil kawan mereka dua orang lelaki.

Seorang rakan mereka berbadan gempal, berusia awal 30an menegaskan kami tetap perlu bayar. Saya sekali lagi menegaskan apple id percuma dan menunjukkan bukti saya sendiri telah mencipta id dalam 5 minit sahaja di depan mata kedua dua perempuan cina tersebut.

Kemudian statement berubah, lelaki itu cakap perlu bayar sbb “You suruh kami buat jadi you kena byar service kami”, dan skali lagi saya tegaskan pada mulanya perempuan cina itu menawarkan percuma tetapi kemudiannya menafikannya.

Akhirnya setelah 40 min di kiosk tersebut mempertikaikan RM299, terpaksa di bayar jugak. Setelah ditawarkan RM250 harga final. Kemudian resit barulah dikeluarkan

Dalam hati saya mahu report kepada polis tetapi tidak yakin akan keupayaan polis dalam settlekan kes mcm ni, dan jugak terfikir persatuan pengguna tetapi yakin persatuan pengguna Negeri sembilan tidak kuat.

Saya dalam dilemma patutkah diajukan Report kepada polis/persatuan pengguna. Ada siapa-siapa pernah alami situasi seperti ini?

Saya sakit hati sebabkan kejadian penipuan ini pasti banyak berlaku tambah-tambah pulak kepada sesiapa yg tidak tahu pasal Apple product. Saya simpati kepada sesiapa yg terkena dgn cara begini.

Nasihat saya, boikot kedai ni terus. (Gambar kedai tersebut takde kesempatan utk snap).

Perkongsian via FB-user

Memanglah kita kadang-kadang dah terlalu berhati-hati, tapi sebab kena paksa dan terfikirkan keselamatan diri, terpaksa turutkan sahaja. Namun, penipuan seperti ini harus dihentikan. Seperti kata mangsa, boikot terus kedai tersebut. Dan sebarkan kepada siapa-sahaja takut-takut nanti kita yang terkilan sebab kawan atau keluarga sendiri jadi mangsa penipu yang suka paksa dan ugut ni.

LIHAT JUGA:  (Video) Lockitron - Sistem Pintu Rumah Tanpa Kunci

Carilah dulu rakan yang betul-betul tau pasal peranti tersebut dan bawah dia teman kita semasa membeli. Kalau ada sesuatu yang mencurigakan, terus keluar dari kedai tersebut. Jika makin dilayan, makin tinggilah kaki penipu ni nak pijak kepala pelanggan.

Dan kalau nak lebih selamat, belilah di ‘centre’ yang sah dan bukannya kedai telefon biasa. Biarlah bayar lebih sikit tapi selamat dan berpuas hati berbanding bayar kurang namun akhirnya ia sebenarnya perangkap untuk penjual menipu anda. Hati-hati..

P/s: Maaf. Saya pulak yang panas hati bila dengar pasal kes penipuan ni..

(Visited 222 times, 1 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK