May 172014
 

Nampaknya populariti Dyana Sofya iaitu Calon DAP bagi pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan tiba-tiba naik.

(Biodata) Dyana Sofya Calon DAP Pilihan Raya Kecil Teluk Intan

Namun siapakah beliau? Jom baca biodata serta beberapa gambar-gambar beliau yang dikongsi bersama: 

Nama Penuh : Dyana Sofya Mohd Daud
Umur : 27 Tahun
Asal : Ipoh, Perak
Agama : Islam
Status : Bujang
Kelulusan : Ijazah Sarjana Muda dari UiTM
Pengkhususan : Undang-undang (miliki firma guaman di Cyberjaya)
Kerjaya : Setiausaha Politik Lim Kit Siang Parlimen Gelang Patah
Ahli Keluarga : Ibunya, Yammy Samad, Pernah menjawat Setiausaha Bahagian Wanita UMNO yang pertama di Malaysia.
Arena Politik :
Dyana menyertai DAP pada 2012 dan kemudiannya membantu kempen Kit Siang di Gelang Patah semasa pilihan raya umum (PRU) ke-13 lalu. Beliau diperkenalkan sebagai setiausaha politik baru Kit Siang ketika Konvensyen DAP selepas PRU 13. Ahli politik berusia 27 tahun itu berasal dari Ipoh itu kini beroperasi dari Gelang Patah.

 

TELUK INTAN 17 Mei – Setiusaha Politik kepada Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Dyana Sofya Mohd. Daud, 27, diumumkan sebagai calon DAP pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan 31 Mei ini.Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mengumumkan perkara itu berkata, Dyana Sofya merupakan pilihan terbaik untuk parti itu mempertahankan kerusi Parlimen Teluk Intan.”Pemilihan Dyana Sofya bertepatan dengan prinsip parti untuk mengetengahkan calon muda, wanita, profesional tanpa mengira batas perkauman,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Selain itu, kredibiliti beliau agak tercabar dengan dakwaan beliau berpakaian bikini dalam sekeping gambar wanita seksi yang memiliki wajah seperti beliau yang tersebar baru-baru ini.

(Biodata) Dyana Sofya Calon DAP Pilihan Raya Kecil Teluk Intan

Namun, siapakah sebenarnya wanita seksi dalam gambar tersebut? Berikut ialah penjelasan sebenar dan jawapan yang diberikan beliau dalam satu keratan berita:

PETALING JAYA 16 Mei: Dyana Sofya Mohd Daud, setiausaha politik kepada Penasihat DAP, Lim Kit Siang menyifatkan percubaan untuk mencemarkan imejnya dengan penyebaran gambar palsu dia berbikini adalah satu perbuatan politik yang garuk terutamanya ke atas seorang wanita sepertinya.

Dyana yang disebut-sebut bakal diumumkan sebagai calon DAP pada Sabtu untuk pilihan raya kecil Teluk Intan berasa kesal bagaimana orang boleh merendahkan diri mereka sehingga sebegitu sekali dengan menyebarkan fitnah tanpa usul periksa.

Berkata demikian melalui satu kenyataan media pada Jumaat, Dyana, 27, menegaskan foto berbikini yang disebar itu adalah foto aktres Filipina, Pauleen Luna.

“Sementara saya berpendapat yang aktres berkenaan adalah seorang yang sangat menarik, tetapi menggunakannya untuk menyebarkan fitnah yang kononnya gambar itu adalah saya benar-benar memperlihat betapa garuknya politik sesetengah orang khususnya ke atas wanita,” ujar ahli politik lulusan undang-undang dari Universiti Teknologi Mara itu.

Kata Dyana, sejak berita palsu itu disebarkan menerusi internet dia telah menerima beratus mesej yang mencaci dan menghinanya selepas nombor telefonnya diketahui ramai.

Tetapi disebalik kempen yang disebarkan itu dengan niat untuk memburuk-burukkannya, Dyana berkata yang dia berasa bersemangat dengan sokongan yang diterima daripada mereka yang percaya kepada perjuangannya.

“Di sebalik mereka yang menghina, ramai juga yang menelefon dan memberi kata-kata semangat dan menyatakan kepercayaan kepada saya. Hakikatnya orang seperti mereka lah yang membuatkan saya percaya dan yakin dengan apa yang saya perjuangkan.

“Dan sebaliknya mereka yang menyerang saya juga telah memberikan saya sebab yang kuat untuk meneruskan apa yang telah saya lakukan ini,” katanya lagi. via mstar.com.my

Lagi gambar beliau di bawah:

LIHAT JUGA:  (Video) Harimau Bintang Masuk Kampung Serang Pegawai Hutan

(Biodata) Dyana Sofya Calon DAP Pilihan Raya Kecil Teluk Intan

(Biodata) Dyana Sofya Calon DAP Pilihan Raya Kecil Teluk Intan

(Biodata) Dyana Sofya Calon DAP Pilihan Raya Kecil Teluk Intan

 

(Biodata) Dyana Sofya Calon DAP Pilihan Raya Kecil Teluk Intan

(Biodata) Dyana Sofya Calon DAP Pilihan Raya Kecil Teluk Intan

(Biodata) Dyana Sofya Calon DAP Pilihan Raya Kecil Teluk Intan

(Biodata) Dyana Sofya Calon DAP Pilihan Raya Kecil Teluk Intan

(Visited 624 times, 2 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK