May 162014
 

Ada dakwaan mengatakan bahawa peserta akhir Fear Factor telah dipaksa untuk makan bangkai kambing. Betul ke?

(Berita) Peserta Akhir Fear Factor Makan Bangkai Kambing?

Berikutan aduan orang ramai yang kurang senang dengan rancangan tersebut, maka pihak astro telah tampil memberikan penjelasan melalui berita di bawah: 

Kuala Lumpur: Stesen penyiar program Fear Factor Malaysia menafikan produksi program terbabit tidak peka apabila cabaran akhir rancangan itu memerlukan pesertanya memakan bangkai kambing.(Berita) Peserta Akhir Fear Factor Makan Bangkai Kambing?

Cabaran Parit Bangkai Kambing dalam episod akhir Ahad lalu, menimbulkan rasa kurang senang penonton yang menyifatkan penerbit program itu tidak peka dengan peserta yang rata-ratanya beragama Islam.

Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad Ramli, berkata nama cabaran berkenaan hanyalah sekadar gimik kerana daging yang dikehendaki dimakan oleh peserta bukanlah bangkai seperti didakwa.

Katanya, nama cabaran itu sengaja dipilih sedemikian rupa bagi mewujudkan unsur dramatik, tetapi daging yang digunakan bukanlah bangkai.

Sebaliknya kita memastikan daging yang dimakan adalah halal, malah turut direbus sebelum itu. Bangkai kambing hanya diletakkan dalam parit yang perlu dilalui peserta, bukan pada daging yang mereka makan, katanya.(Berita) Peserta Akhir Fear Factor Makan Bangkai Kambing?

Apa pun kami di Fitrihadi.com mengucapkan tahniah kepada Erin Malek dan pasangannya Redha kerana telah menjadi juara Fear Factor musim kedua. Terbaik!

(Visited 32 times, 1 visits today)
LIHAT JUGA:  (Panas) Aeril Zafrel, Wawa Zainal Akui Sudah Nikah, Ada Anak

LIKE KAMI DI FACEBOOK