May 162014
 

Agak rare berita kejadian sebuah kereta Perodua Viva langgar kapal terbang ni.

(Berita) Kereta Perodua Viva Langgar Kapal Terbang

Kalau buat laporan polis, mungkin beginilah kot dialognya:

Driver: Assalamualaikum, tuan. Saya datang ni nak buat laporan pasal kereta saya terlibat dalam kemalangan.

Polis : Oh, kereta encik langgar apa?

Driver : Saya langgar kapal terbang, tuan.

Polis : Koperal… Tolong bawa lelaki untuk ujian mental.

Keh3.. Apapun berikut adalah gambar dan berita yang dikongsikan bersama: 

(Berita) Kereta Perodua Viva Langgar Kapal Terbang

 

SEPANG: Malaysia Airlines (MAS) mengesahkan insiden kereta lapangan terbang jenis Perodua Viva berlanggar dengan bahagian badan pesawat B737-800 miliknya menyebabkan penerbangan MH740 ke Yangon, Myanmar terpaksa ditunda selama 40 minit pagi tadi.

Pengarah Operasi MAS Kapten Izham Ismail berkata jurutera di lokasi segera melakukan pemeriksaan awal dan mendapati tiada kerosakan serius yang boleh mendatangkan risiko terhadap struktur pesawat.

“Bagaimanapun, pesawat berkenaan tidak dibenarkan berlepas agar pemeriksaan lebih lanjut dapat dibuat,” katanya menerusi kenyataan dikeluarkan MAS petang tadi.

Difahamkan pemandu kereta milik vendor berkenaan juga telah diambil tindakan.

Akibat kejadian itu, penerbangan yang dijadual berlepas 10.05 pagi itu terpaksa ditunda dan penumpang dipindahkan ke penerbangan seterusnya pada jam 10.45 pagi. via hmetro

(Visited 42 times, 1 visits today)
LIHAT JUGA:  (Info) Identiti Pembuli Kedua Belasah Ketua Tingkatan Terbongkar

LIKE KAMI DI FACEBOOK