May 312014
 

Agak sedih apabila membaca berita tentang kanak-kanak yang terkorban.

(Berita) Budak Jatuh Dari Tingkat 3 Mid Valley Megamall

Terbaru, seorang budak perempuan jatuh dari tingkat 3 dipercayai di Mid Valley Megamall menurut sumber di twitter. Gambar kejadian tersebut telah tersebar di laman sosial. Berita juga turut dikongsi bersama: 

(Berita) Budak Jatuh Dari Tingkat 3 Mid Valley Megamall

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak perempuan maut selepas terjatuh dari Tingkat 3, di sebuah kompleks beli-belah di ibu negara, petang tadi. Mangsa, Nurul Emielda Nadia Sallehuddin, 7, parah apabila bahagian belakang kepalanya pecah dalam kejadian jam 2 petang itu.

Difahamkan, semasa kejadian, bapa mangsa dipercayai terlepas pandang dan mendapati anaknya sudah jatuh ke tingkat bawah.

Mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya(PPUM) untuk bedah siasat.

via Berita Harian

Teringat satu video tentang kanak-kanak yang terjatuh dari tingkat 3 selepas bermain esclator dulu ni. Dan baru-baru ni je ada berlaku kes kanak-kanak dilarikan dan dikelar dileher akibat ditinggalkan. Dan bila terjadi kes sebegini kerana kealpaan ibu bapa, sememangnya amat terkilan. Nasi sudah menjadi bubur.

Bagi yang ada anak-anak tu, sentiasalah berjaga-jaga. Anak-anak ni masih tak faham dan tak tahu pasal keselamatan. Menjadi tanggungjawab ibubapa untuk menjaga anak-anak dengan sebaiknya. Jangan fikir anak-anak itu pandai dan tahu segala-galanya.

LIHAT JUGA:  (Gambar) Proton Satria Neo Plat Nombor WWW1 Sultan Johor

Dan kepada pusat beli belah yang terlibat tu, mohon tingkatkan keselamatan bangunan anda.

(Visited 127 times, 1 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK