May 162014
 

Agak terkilan melihat aksi seorang lelaki yang lengkap berkopiah dan berbaju melayu datang membawa busur panah dan memanah seekor anjing yang dibuang tuannya.

(Berita) Anjing Dipanah Kejam Akhirnya Mati, Pemanah Dikecam Hebat

Kejadian ini berlaku pada beberapa hari lepas. Namun hari ini, sumber mengatakan yang anjing tersebut telah mati. Kolar yang dipakai anjing tersebut menunjukkan ianya bertuan namun mungkin tuannya telah membuangnya.

Namun tindakan memanah anjing ini mendapat kritikan ramai kerana dikatakan menyeksa binatang dan ini bukanlah amalan orang islam. Hatta semasa zaman Rasulullah dulu pun adalah ditegah sama sekali untuk menyeksa binatang semasa berlaku peperangan (selain meruntuhkan rumah ibadat agama lain dan menyeksa wanita serta kanak-kanak).

Ramai yang mengkritik si pemanah berkopiah ini. antaranya: 

(Berita) Anjing Dipanah Kejam Akhirnya Mati, Pemanah Dikecam Hebat

Allan Chong, seorang penduduk Taman Sinaran di Taming Jaya memberitahu lelaki itu telah memanah dua kali seekor anjing di luar pagar rumahnya, mendakwa anjing itu berdiri di situ dan enggan pergi.

Sewaktu saya sampai, jiran saya telah pun memanahnya dua kali. Satu anak panah tertusuk di kaki depan dan satu lagi di belakangnya.

Katanya, anjing itu dipanah antara pukul 8.30 – 9.00 malam, sewaktu Allan sampai ke rumah setelah keluar bersiar-siar.

Saya lihat lelaki itu yang memegang busur dan panah mendekati anjing itu dan mahu memanahnya lagi.

(Berita) Anjing Dipanah Kejam Akhirnya Mati, Pemanah Dikecam Hebat

Allan sempat mengalihkan anjing itu dan memanggil pihak polis. Polis seterusnya menasihatkan beliau untuk membuat laporan bagi mempercepatkan siasatan.

LIHAT JUGA:  GAMBAR: Keadaan Banjir Sekitar Kuching, Sarawak 27 Februari 2016

Allan memberitahu anjing itu tidak pernah dilihat sebelum ini dan mungkin tersesat.

Dengan bantuan satu badan bukan kerajaan (BBK) kebajikan anjing, iaitu Malaysian Dogs Deserve Better (MDDB), Allan telah membawa anjing itu yang diberi nama Brianna, untuk mendapatkan rawatan di klinik veterinar.

Hasil pemeriksaan, anjing itu didapati buta sebelah mata, dijangkiti kutu dengan serius dan mempunyai masalah kecacingan di hati.

Bagaimanapun, hari ini, MDDB memberitahu bahawa anjing tersebut telah mati kerana masalah kutu di badannya yang menjadi semakin teruk oleh stres dan trauma akibat dipanah lelaki tersebut.

Hasil soal siasat polis, lelaki itu mendakwa memanah anjing tersebut kerana anjing itu mengancam keselamatan anak-anaknya dan bertindak mengikut naluri.

Namun begitu, agak menghairankan bagi kami,  walaupun bertindak mengikut naluri, lelaki itu sempat masuk ke rumah dan mengambil anak panah dan busur bagi memanah anjing itu.

Tambahan pula, terdapat dakwaan bahawa anjing itu tidak mengancam sesiapa, sebaliknya lelaki itu sendiri mengejar anjing itu dan memanahnya.

Pihak polis mengesahkan siasatan telah dibuat dan kes telah dimajukan ke Bukit Aman, dan kini terpulang kepada Timbalan Pendakwaraya Awam untuk memanjangkan kes tersebut.

MDDB juga sedang merancang beberapa aktiviti untuk mendapatkan hukuman buat pemanah tidak bertauliah tersebut. Sila like fanpage mereka untuk turut serta.

Sumber: The Star dan MDDB

(Visited 41 times, 1 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK