May 282014
 

Bagi yang ingin membetulkan arah qiblat rumah atau surau di kawasan anda, bolehlah tentukan arah kiblat yang sebenar pada petang ini.

(Artikel) Tentukan Arah Kiblat Sebenar Pada Petang Ini

Peristiwa yang dipanggil istiwa’ utama matahari ini adalah apabila matahari berada betul-betul tegak di atas Kaabah di Masjidil Haram yang mana menjadi arah qiblat umat Islam di seluruh dunia.

Mengikut JAKIM dan badan-badan yang sewaktu dengannya. matahari akan berada tegak di atas Kaabah hanya dua kali setahun iaitu pada tarikh: 

  • 27 dan 28 Mei
  • 15 dan 16 Julai

Untuk pengetahuan, selang masa Jeddah, Arab Saudi dan Kuala Lumpur, Malaysia adalah 5 jam. Jadi waktu yang sesuai untuk menentukan kiblat pada hari-hari tersebut adalah lebih kurang pada jam 5 petang waktu Malaysia.

Berikut adalah artikel berkaitan yang boleh dikongsi bersama:

(Artikel) Tentukan Arah Kiblat Sebenar Pada Petang Ini

Kepada sesiapa yg nak betulkan qiblat, boleh berbuat demikian pada petang ini atau pada tarikh yang telah dikongsikan tersebut. Semoga bermanfaat!

(Visited 35 times, 1 visits today)
LIHAT JUGA:  (Video | Fakta) Buaya Takut Badak Air

LIKE KAMI DI FACEBOOK