May 052014
 

*Artikel ini bukanlah untuk menyinggung mana-mana wanita, tapi sekadar memberi lebih pemahaman kepada si lelaki tentang hakikat pemandu wanita di Malaysia yang mungkin kita tak faham. Harap maklum! ]

Tengah hari tadi, aku keluar sekejap pergi shopping barang dapur. Kat Perlis ni tempat best nak shopping barang dapur adalah kat pasaraya C-mart di Arau. Bangunannya takdelah besar macam Pavilion. Tapi dua tingkat sekadar untuk shopping benda-benda biasa je. Tingkat bawah tu 3/4 ruang dia adalah tempat letak kereta dan bakinya lagi adalah kedai-kedai. Tingkat atas pulak tempat shopping sepenuhnya.

(Artikel) Hakikat Pemandu di Malaysia - Part 1

Jadi, dipendekkan cerita, lepas aku habis shopping dan dah bayar tiket parking kereta, aku pun tolak troli menuju ke kereta aku. Masa aku berjalan nak sampai dekat kereta tu, datanglah sebuah kereta Myvi hitam dengan cermin tinted gelap gila dan rim tayar pun hitam dah macam kereta Darth Vader. Dengan perlahan-lahan dia lalu dan masuk ke ruang parking sebelah kereta aku. Mungkin dia tak pandai reverse parking jadi dia masuk depan dulu. Slow-slow dia masuk macam kura-kura.

Tapikan dia punya cara masuk tu alahai.. Dah la senget kemain, masa dia masuk tu, ruang antara tepi kereta dia dengan aku punya bumper depan adalah dalam 0.000001 sentimeter. Macam ni.. Huii boleh luruh jantung aku masa tu..

(Kupasan) Hakikat Pemandu Wanita - bab 1

Depan mata aku sendiri jadi. Patutlah banyak kereta yang bercalar kat tepi bumper depan tu. Inilah punca kuasa dua dia.

So aku pun klik butang kat kunci kereta aku sebab nak bagi dia sedar yang owner kereta sebelah dia tu ada kat depan mata. Then kereta Myvi tu masuk dengan jayanya tanpa bergesel dengan bumper kereta aku tapi dia tak parking kat sebelah aku. Dia terus ke ruang depan parking sebelah sana.

Bila sorang-sorang penumpang dia keluar, semua perempuan remaja lagi. Ingatkan dalam tu jantan-jantan je. Dah la cermin gelap langsung tak nampak dalam kereta dia. Tapi masa tu aku tak kira laki ke perempuan ke, aku tetap nak tegur gak cara pemanduan pemandu misteri tu.

Yang last sekali keluar, of course-lah pemandu. Pun perempuan. Aku ingatkan lelaki sebab kereta bukan main gelap lagi. Biasalah selalunya lelaki kalau kereta gelap tu faham-faham la. Ada lah dia punya tujuan tu. Tambah-tambah yang ada makwe. Ermm budak-budak sekarang..

Berbalik pada geng perempuan tadi, tengok gaya macam budak UITM Perlis tak pun budak UNIMAP. Ermm.. Budak universiti rupanya. Patutlah drive kereta main belasah je sebab mungkin tu kereta mak bapak sponsor katakan. Mana tahu nak jaga kereta. Bawak pun main langgar ikut sedap je.

LIHAT JUGA:  (Spesifikasi | Gambar | Harga) Kereta Perodua Axia

So aku pun tegurlah bila si pemandu tu keluar.

“Tadi masuk parking tu kereta tu dekat sangat ar!”

“Hah??!” Dia membalas sambil tengok-tengok kat kawan dia. Buat-buat tak paham.

“Tadi time kereta masuk tadi dekat gila macam nak terlanggar ja.”

“Kena tak?” Tanya minah tu dengan slumber-nya.

“Tak kena tapi tadi memang dekat gila. Seriau tengok.”

“Oh ok”

Tu je dia balas. Adeh.. Malas aku nak layan panjang-panjang. Cakap banyak pun bukan makan saman sangat. Budak-budak sekarang..

Tulah hakikat perempuan bila bawak kereta. Dia fikir jangka pendek je. “Kena tak?” Kalau tak kena lantaklah. Kalau kena baru nak menyesal. Tu pun tengok orang gak sebab ada yang tak kisah walaupun kereta hancur. Time drive kereta tu takde pulak nak fikir kereta sendiri atau kereta orang lain. Adeh..

(Kupasan) Hakikat Pemandu Wanita - Part 1

See. Boleh lagi dia sikat rambut dia lepas eksiden. Haizz…

So, kalau anda pergi shopping complex dan kereta anda tiba-tiba ada calar tu, janganlah terkejut sebab aku tahu banyak kes macam ni jadi kat tempat parking kereta. Lagipun kat shopping complex la ramai driver wanita. Kat mana lagi kan perempuan nak pergi. Keh3..

Jadi tolonglah wahai perempuan semua tambah-tambah budak universiti yang bawak kereta free tu, kalau drive tu fikirlah kereta orang lain sama. Dan kalau nak parking kereta tu jangan la menyelit dekat sangat sampai sipi-sipi nak cium kereta orang. Tahulah kereta free mak bapak bayar. Tak macam kitorang ni, orang susah, dah keja baru mampu nak ada kereta beli bayar bulan-bulan bayar dekat RM600. Tup-tup lepas shopping kereta calar balar sebab tertiris dengan kereta free budak universiti. haizz..

Kesimpulannya, wanita dan parking memang tak bisa serasi. Setuju?

_ _ _ _ _ _

P/s: Cuak je hati ni tengok adegan sipi-sipi kereta aku nak bercium dengan kereta minah tu. Perasaan cuak dia sama macam adegan kejar-mengejar dalam Running Man tu. Kereta mahal, bai. Siapa tak sayang kereta! Bagi lelaki, kereta tu umpama bini pertama. Tak gitu? Keh3..

So, apa perasaan korang kalau jumpa dengan driver camni kat tempat parking? Nak kata apa lagi kat dia?

(Visited 93 times, 1 visits today)

Comments

  1. […] BACA JUGA: (Artikel) Hakikat Pemandu di Malaysia – Part 1 […]


LIKE KAMI DI FACEBOOK