May 062014
 

Kami baru sahaja mendapat berita bahawa Datuk Aziz Sattar telah disahkan meninggal dunia. Al-Fatihah.
Datuk aziz sattar disahkan meninggal dunia

Berita pemergian beliau yang disahkan oleh cucuy beliau amat mengejutkan kami dan seluruh rakyat Malaysia. ramai pengguna di Twitter yang sama-sama mengucapkan tahziah.

Datuk aziz sattar disahkan meninggal dunia

 

Kajang: Pelakon veteran, Datuk Abdul Aziz Sattar, 89, meninggal dunia akibat penyakit jantung di Hospital Kajang, di sini, kira-kira jam 2 pagi tadi.

Anak perempuannya, Sandakiah memberitahu, Aziz menghembuskan nafas terakhir di sisi dua anak, menantu dan seorang cucu.

“Ayah dimasukkan ke hospital sejak semalam selepas diserang penyakit jantung.

Kami sekeluarga sedang menguruskan jenazah yang akan dibawa pulang ke rumah di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, sebaik dibenarkan pihak hospital,” katanya ketika dihubungi BH Online sebentar tadi.

Sandakiah berkata, pihaknya juga sedang menguruskan pengebumian ayahnya yang dijangka dilakukan pagi ini. Gandingan Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Pak Ajis bersama Seniman Negara, Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan Allahyarham S Shamsuddin sebagai trio Bujang Lapuk menjadi antara watak ikonik dalam dunia senimatik Melayu sejak era 1950an. – Berita Harian

Nampaknya negara kita telah hilang seorang lagi bintang lagenda yang selama ini membuat kita gembira dan ketawa bersama keluarga. Amat menyedihkan. Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh. Al-Fatihah..

(Visited 25 times, 1 visits today)
LIHAT JUGA:  (Gambar) Kekasih Merangkap Bakal Isteri Amir Raja Lawak

LIKE KAMI DI FACEBOOK