Apr 172014
 

Bahaya gak suami isteri zaman sekarang ni bergaduh. Siap boleh main lawan langgar kereta yang mana berlaku di Penang semalam. Rakaman video saksi kejadian juga telah tersebar di facebook.

 Video Gaduh Suami Isteri Lawan Langgar Kereta Di Penang

Berikut adalah video dan petikan berita tentang kejadian ini: 

Butterworth: Suasana di Jalan Raja Uda, di sini, kecoh selepas orang ramai di kawasan itu dikejutkan dengan tindakan seorang pemandu secara-tiba mengamuk melanggar kenderaan pelbagai guna (MPV) di hadapannya.

Kejadian dipercayai berlaku jam 4.30 petang, Isnin lalu berpunca salah faham antara suami isteri. Video kejadian 55 saat itu juga tersebar melalui laman sosial Facebook menunjukkan kereta Citroen melanggar Toyota Estima berkenaan.

Rakaman itu menunjukkan pemandu Citroen berkenaan pada mulanya menghalang Toyota Estima terbabit sebelum melanggarnya beberapa kali.

Orang ramai melihat kejadian itu cuba menenangkan pemandu berkenaan bagaimanapun tidak diendahkan sebaliknya terus melanggar Toyota Estima berkenaan. via MyMetro

 

LIHAT JUGA:  Ayah dan Anak Gadis Cekup Ibu Berkhalwat? | Apa Ke Buruk Benor Gaya Mamat Ni?

(Visited 64 times, 1 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK