Apr 022014
 

Tahukah anda terdapat tips atau cara guna gear yang betul untuk kereta auto. Walaubagaimanapun artikel ini sesuai untuk kereta automatik yang mempunyai butang tombol pada gear.

tips cara guna gear yang betul untuk kereta auto

Jika kenderaan anda tidak mempunyai butang tombol pada gear, sila abaikan. Yang guna manual tu, you’re the man because MANual is for man. Keh3..

Kekadang pernah perasan kereta depan masuk gear P bila berhenti kat trafic light. Dapat agak sebab lampu reverse nyala kejap. Bayangkan kalau terkejut sebab lampu trafic light dah hijau lama. Kereta dah hon-hon. Tertekan pedal minyak dulu baru masuk gear. Boleh rosak gear box rasanya.

Kaedah yang betul semasa berhenti di traffic light: 
1. tekan brek kaki
2. masuk gear N (tanpa tekan tombol pada gear. tolak ajer)
3. Tarik hand brek
4. lepas brek kaki

Nak jalan:
1. tekan brek
2. masuk gear D (tanpa tekan tombol pada gear. tarik ajer)
3. lepas hand brek.
4. lepas brek kaki
5. tekan minyak

Penggunaan tombol/butang pada batang gear:
1. Perlu tekan tombol semasa menukar gear
P > R ,
R > P
R > N
N > R
D > L/D2
L/D2 > D

2. Jangan sesekali tekan jika untuk menukar gear antara
N > D
D > N
D > D3
D3 > D

LIHAT JUGA:  (Tips) Cara Beli Tayar Kereta Yang Betul Dan Jimat

Kalau gear yg jenis ada lekuk-lekuk tu selamatlah. Tombol tekan pun tak ada kan?

tips cara betul guna gear kereta auto

 

Jika ada yang belum faham fungsi setiap gear, bolehlah rujuk keterangan setiap susunan gear untuk gearbox auto yang berikut:

P – parking, digunakan untuk anda memberhentikan kereta anda. gear akan disekat.
jadi kereta anda takkan bergerak walaupun handbrake tak ditarik.

R – reverse, untuk mengundur kereta anda

N – neutral, jika dalam posisi menunggu traffic light atau traffic jem, alihkan ke gear
neutral. bukan parking! jika anda perasan, gear D ke N tidak perlu menekan kekunci
pada tombol gear.

BACA JUGA: Senarai Panduan Ubahsuai Kenderaan Dari JPJ

D – drive, penukaran secara auto gear 1,2,3,4 dan seterusnya butang overdrive – gear
akan menyekat untuk masuk ke gear 4. gear yang akan digunakan cuma 1,2 dan 3
shj

3 – setengah kenderaan tidak mempunyai overdrive tetapi mempunyai susunan gear 3
untuk menurunkan gear dari 4 ke 3

2 – ini akan menyekat sistem gearbox anda ke gear 2 dan tidak akan masuk ke gear
seterusnya. tetapi akan jatuh ke gear 1 jika perlu

L – Low gear, gear pertama

Diharap artikel ini bermanfaat untuk memanjangkan jangka hayat kereta anda. Selamat mencuba :)

(Visited 20,832 times, 17 visits today)

Comments

  1. imran says:

    Assalam..terima kasih info diatas, mohon pencerahan..
    Apakah fungsi tombol pd batang gear. Apa masalah yg
    biasa terjadi jika sentiasa menggunakan tombol tersebut
    setiap kali menukar gear?
    Terima kasih

    1. FITRIHADI says:

      Waalaikumussalam

      Mengikut pengalaman saya, fungsi butang tombol pada batang gear tu adalah lock. Untuk elakkan kita tertolak gear ke posisi yang salah. Fungsinya juga adalah untuk bagi anda confirm posisi gear yang betul.

      Tombol tersebut kurang membawa masalah sebab fungsinya hanyalah untuk lock. Kalau tak tekan memang tak jalan gear. Penukaran gear tanpa perlu tekan tombol adalah untuk memudahkan driver. Ada sebab kenapa gear D berada dekat dengan N. Salah satunya adalah untuk memudahkan penukaran gear D ke N jika berhenti di lampu isyarat.

      Yang membawa masalah jika posisi gear digunakan tidak betul. Ada kes gear stuck kat posisi park (P) sebab tak tarik handbrake. Jadi tekanan brek banyak diberikan kepada enjin, bukan brek tangan.

      Harap jawapan ini membantu.

  2. belon says:

    aku nak tanya..kalau aku tekan tombol untuk menukar N > D dan D > N adakah memberi kesan yang tak best? lagi satu kalau tarik handbrake..perlu ke tekan tombol tu? mekasih …


LIKE KAMI DI FACEBOOK