Apr 302014
 

Assalamualaikum.

Entry kali ini saya akan berkongsi sedikit mengenai kereta dalam hidup saya. Mungkin agak membosankan tapi saya harap artikel ini berguna untuk semua pemandu, untuk pencari kereta terpakai mahu pun yang berminat dengan kereta Proton Wira SE.

Untuk pengetahuan, dalam bulan Februari lepas saya baru sahaja menamatkan latihan praktikal untuk pengajian ijazah saya di UTeM Melaka dan secara automatiknya saya sudah tamat belajar. Alhamdulillah. Dipendekkan cerita, dalam masa saya menjalani latihan praktikal, pada bulan Januari 2014, saya telah berjaya membeli sebuah kereta dengan duit sendiri hasil kerja-kerja online saya. Sekadar kereta second-hand saja kerana saya bukanlah stabil lagi dari segi kewangan. Kalau diikutkan mahu saja nak beli kereta baru, tapi mungkin agak susah bank nak luluskan pinjaman sebab saya masih belajar, takde penyata gaji dan saya malas nak cari penjamin walaupun dari keluarga sendiri sebab diorang kat utara dan saya pulak terperuk sorang-sorang kat selatan iaitu di Melaka.

Hari pertama memiliki kereta ini sebelum bertolak ke Melaka dari Penang

Sebenarnya kereta yang saya beli adalah kereta Proton Wira SE (Special Edition) 1.5 GLi milik abang ipar saya yang mana saya hanya perlu sambung bayar bulan-bulan sebanyak RM12,000. Sebulan kena bayar dalam RM567 untuk lebih kurang 22 bulan lagi. Setelah berfikir masak-masak barulah saya confirm dengan dia untuk membeli kereta tersebut.

Kenapa Proton Wira SE?

Ada beberapa sebab kenapa saya membeli kereta tersebut antaranya: 

  • Beli kereta terpakai dengan keluarga ni lebih dipercayai berbanding beli di kedai kereta terpakai atau beli dengan orang yang kita tak kenal. Ye la kita tak tahu apa jadi dengan kereta tu walaupun kita bawak mekanik datang check. Mungkin ada yang dah tukar barang ke ada rosak yang kita tak nampak ke dan mungkin owner lama selalu lenjan sampai tak cukur meter jarum tu nak berpusing. So far, abang ipar aku kata kereta ni memang standard macam baru beli dan takde ubah apa-apa kecuali sport rim yang bagi aku memang cun. Lawa kan sport rim jenis spider dengan warna chrome dan hitam tu. Terbaik! Untuk pengetahuan, rim standard untuk Wira SE adalah bersaiz 16 inci dengan tayar bersaiz 205/45. Memang tayar tersebut agak ‘low profile’ dan perlu berjaga-jaga jika terlanggar lubang sebab tayar agak nipis. Dan mungkin kurang sesuai sebab kereta jadi berat dan makan lebih minyak so better tukar rim yang kecil sikit seperti rim 15 inci dengan tayar saiz besar untuk keselesaan dan penjimatan minyak seperti kereta saya ini.

 

  • Harga Rm12,000 je untuk kereta tahun 2006. Murah gak. Kalau diikutkan harga Proton Wira SE tahun 2005 dalam mudah.my lebih kurang RM16,900 campur interest pinjaman dah capai RM21,000. Mahal tu. Sebelum tu memang saya banyak survey kat Mudah dan kedai kereta terpakai, memang agak mahal. Tak tahu pulak abang ipar nak jual kereta. Bila kakak saya tahu yang saya nak beli kereta, barulah dia syorkan saya beli kereta suami dia sebab rupanya diorang dah beli kereta Honda City yang baru. Mungkin rezeki saya dapat beli kereta ‘power’ ni pada harga yang murah. Itulah gunanya keluarga :)

 

  • Proton Wira SE – SE tu maksudnya special editon. Tahukah anda yang versi SE ni adalah lebih sport berbanding Proton Wira biasa. Dengan cover dan tombol gear yang sporty, body kits dan bumper depan yang lebih garang, cover lampu depan jenis gelap, prestasi suspensi yang lebih baik, lebih keras dan lebih rendah, stereng lebih sporty, seat jenis ‘hugging’ dan prestasi enjin yang dipertingkatkan, sememangnya ia berbaloi untuk dimiliki oleh mereka yang mencari kereta second-hand terbaik. Boleh dikatakan ianya adalah kereta sport yang masih mampu membawa 5 orang dalam satu kereta. Itulah kelebihan Proton. Jika mereka mengeluarkan versi special edition, bukan sahaja special pada rupa tapi pada prestasi enjin dan kereta keseluruhannya.
    (Pengalaman) Aku Dan Kereta Proton Wira SE

    Steering yang lebih sporty dengan reka bentuk speedometer lebih menyerlah!

    (Pengalaman) Aku Dan Kereta Proton Wira SE

    Gear knob dan cover yang lebih sporty serta menyerlah!

    (Pengalaman) Aku Dan Kereta Proton Wira SE

    Kerusi kemasan kain dengan garisan merah termasuk karpet menyerlahkan lagi rekabentuk dalaman Proton Wira SE.

 

  • Sebelum memilih Wira SE ni, dah banyak tokey kereta terpakai yang saya tanya tentang kereta-kereta terpakai yang sesuai dibeli. Jawapan diorang; beli kereta Malaysia sebab barang dan maintenance murah dan kalau nak kereta proton pilihlah dari jenis kereta Mitsubishi/Wira dan sebelumnya. Diorang kata kereta generasi baru Proton tak berapa bagus sebab ada saja masalah seperti tombol pintu patah, power window rosak, enjin ada masalah dan macam-macam lagi.

 

  • For sure kereta ni jimat minyak. Tahukah anda perjalanan saya dari Melaka ke Perlis dengan membawa muatan barang pindah rumah (sebab saya dah habis belajar) + 120kg serbuk sabun (untuk business keluarga) hanya memerlukan kos minyak sebanyak RM50. Jimat sungguh. Betullah orang kata lagi tinggi cc kereta lagi jimat minyak kerana cc rendah ni memerlukan putaran enjin yang lebih untuk bergerak. Dan lagi satu nak jimat minyak, pastikan putaran RPM enjin di bawah 3000. Sebab tu kereta cc besar ni kalau RPM capai 3000, kelajuan kereta baru capai 100km/jam sedangkan kereta yang ada cc rendah kalau RPM 3000, maka kelajuan kereta baru nak cecah 80km/jam. Kesimpulannya, lagi tinggi RPM lagi banyak penggunaan minyak petrol. Jadi, tu la tips yang saya amalkan untuk jimat minyak. Nak lebih jimat minyak? Baca ni: (20 Tips) Cara Jimat Minyak Petrol Kenderaan
LIHAT JUGA:  Senarai Panduan Ubahsuai Kenderaan Dari JPJ

 

  • Selesa – Untuk pengetahuan anda, ada lah dalam 2 kali saya menaiki kereta ini untuk perjalanan jauh. Pertama, dari Penang ke Melaka. Masa pertama kali ni adalah  lepas saya beli kereta dari abang ipar saya. Jadi saya kena pergi Penang (sebab dia tinggal di Penang) untuk ambil kereta tersebut bawak balik Melaka (tempat saya belajar dan praktikal). Lepas sampai Melaka langsung tak rasa lenguh atau letih. Sempatlah juga naik motosikal keluar jalan-jalan ke Mydin cari barang dan cari makan sebab lapar. Dan perjalanan ke dua pastinya dari Melaka ke Perlis iaitu selepas tamat belajar. Apa yang boleh saya katakan dari perjalanan jauh yang saya hadapai tersebut, pengalaman menaiki kereta ini sangat selesa. Langsung tak ada rasa lenguh. Mungkin kerana bentuk posisi kerusinya yang mesra tulang belakang, rendah dan sporty serta dilengkapi bentuk seperti ‘bucket seat’ jadi tak rasa lenguh langsung.

    Perjalanan pulang ke kampung halaman dari Melaka ke perlis seorang diri. Dengan perasaan tamat praktikal, tamat belajar dan dapat memiliki kereta baru memang best sangat road trip yang ni :)

 

Sebelum memiliki kereta Proton Wira SE ni saya juga pernah menggunakan kereta Perodua Viva milik kakak saya. Selalunya saya jadi driver dia atau kadang-kadang saya pinjam guna kereta dia. Bagi saya pengalaman memandu kereta Perodua dan Proton memang jauh berbeza. Maaflah kalau statement ni mendatangkan rasa kurang senang di kalangan pemilik kereta Perodua.

Tahukah anda, Proton Wira versi SE yang terawal hanya wujud 10,000 unit sahaja di Malaysia dengan pilihan warna merah dan hitam sahaja serta dilengkapi brake disc di tayar belakang dan tambahan 7hp lebih dari biasa. Tetapi disebabkan jualan yang memberangsangkan, Proton telah menyambung penjualan Wira SE walaupun telah mencapai 10,000 unit dengan pilihan warna tambahan serta beberapa pengurangan spesifikasi seperti penggunaan brek belakang jenis drum

Tapi serius cakap kereta Proton sebenarnya lebih selesa dan lebih kuasa di atas jalan raya. Bukan itu sahaja, kereta proton ni sebenarnya lebih stabil jika dipandu laju di atas lebuh raya berbanding kereta Perodua. Ini bukan statement reka-reka tapi banyak review yang saya baca mengatakan begitu. Kereta Perodua katanya hanya sesuai untuk dipandu dalam bandar sahaja. Untuk lebih keseronokan memandu dengan prestasi kereta yang hebat adalah lebih baik memilih kereta Proton.

Apa yang kurangnya kereta Proton Wira SE ini?

Namun apa yang buat saya terkilan, selepas beberapa hari saya bawak balik kereta ini ke Melaka, adalah yang gatal tangan nak masuk neraka (marah ni) pergi ambil satu part kat lips depan bumper tu iaitu towing cover. Cover ni sebenarnya kalau buka ada cangkuk untuk ikat kabel bila kena tunda. Tu la guna dia dia. Dan lips tu for sure nak bagi kereta nampak rendah. Barulah nampak lebih sporty.

Agak hodoh bila tow cover kat lips bumper depan ni hilang dan nampak berlubang. Tak guna punya pencuri..

Memang geram gila bila tau benda seketul tu hilang. Tapi nak buat camna, kereta pun parking kat kawasan terbuka sebab duduk rumah flat. Terpaksalah bersabar dalam sebulan lebih sebelum pindah balik Perlis. Nak tak nak, carilah juga towing cover tu kat kedai spare-part. Melayang RM30. Harga kemain mahal ingatkan dalam RM10 je. Takpelah demi kereta kesayangan. So belilah juga tapi simpan je benda alah tu sebab nak pasang masa sampai Perlis nanti. Pasang awal-awal kat Melaka kang ada pulak yang gatal tangan.

Saya rasa memang inilah kot masalah pemilik Proton Wira SE sebab banyak gak kereta lain yang saya jumpa takde tow cover ni. Kena curi agaknya. Mungkin sebab diorang tak pasang skru kat bawah tu sekadar klip je. Jadi senang orang yang gatal tangan nak ambil. So pada pemilik kereta Proton Wira SE yang lain, check lah tow cover tu kalau takde skru kat bahagian bawah tu pasang la cepat-cepat sebelum senang mana-mana ahli neraka tu nak ambil. Skru murah je kat kedai. Saya ni pun mintak skru free kat kedai spare part tu, kalau tak memang takde skru.

Dan satu perkara yang kurang pada Wira SE ni adalah takde tempat letak air botol atau air tin. Tapi takde hal sebab kat kedai alat ganti kereta ada jual laci letak botol air untuk Proton Wira ni. Sebab nak selesa punya pasal so tambahlah benda alah ni. Tak pasang kang tak pasal-pasal tumpah air dalam kereta, meraung tak hengat dunia sebab leceh nak cuci. Jadi, baik pasang. Harga dalam RM50 je lepas mintak diskaun. Bolehlah..

Laci botol air untuk kereta Proton Wira RM50 je

Juga tiada port usb untuk cas henfon. Radio player dengan port usb pun tiada. Kalau ada, boleh juga cas henfon melalui port USB di radio player tersebut.

Untuk mengatasi masalah ini, saya membeli USB port yang boleh dicucuk pada port pencucuh rokok. Jadi, anytime naik kereta boleh juga cas henfon yang kehabisan bateri melalui port USB ini.

(Visited 4,825 times, 20 visits today)

Comments

  1. […] cerita, lepas aku habis shopping dan dah bayar tiket parking kereta, aku pun tolak troli menuju ke kereta aku. Masa aku berjalan nak sampai dekat kereta tu, datanglah sebuah kereta Myvi hitam dengan cermin […]


LIKE KAMI DI FACEBOOK