Apr 112014
 

Baru-baru ini negara kita tiba-tiba popular dengan coklat pepero dari korea.

Kupasan Status Pepero dari Korea Halal Atau Tidak

Namun status halalnya adalah meragukan kerana tiada langsung logo halal dipaparkan pada kotak bungkusan produk berkenaan. Ikuti kupasan yang kami sediakan ini: 

Saudara Lee Ju Woo iaitu Director of Korea Halal Association tampil menjelaskan tentang status halal coklat Pepero tersebut. Berikut adalah jawapan dari beliau:

Kupasan Status Pepero dari Korea Halal Atau Tidak

Selain itu Halal Malaysia juga turut memberikan maklumbalas di laman web mereka baru-baru ini:

status halal pepero

Klik untuk tumbesaran

Walaupun begitu, Halal Korea menyatakan bahawa bahan yang terkandung dalam Pepero tidak mengandungi sebarang lemak haiwan atau lemak babi dan juga apa-apa bahan yang tidak halal. Dan berkemungkinan ianya halal. Berikut adalah perkongsian tersebut:

Kupasan Status Pepero dari Korea Halal Atau Tidak

Sumber

Berikut adalah butiran terjemahan panggilan yang dibuat oleh Halal Korea kepada Lotte Confectionary:

Kupasan Status Pepero dari Korea Halal Atau Tidak

 

Namun, baru-baru ini di sesetengah pasaraya, didapati produk tersebut sudah mula diletakkan diruangan tidak halal seperti dalam gambar di bawah:

LIHAT JUGA:  (Resepi) Ais Krim Goreng Mudah Menggunakan Roti

Kupasan Status Pepero dari Korea Halal Atau Tidak

Apa pun kita sebagai pengguna harus bijak memilih. Jika produk tersebut belum mendapat pengesahan halal, adalah lebih baik tinggalkan sahaja apatah lagi jika was-was.

Dan untuk penyelesaiannya diharap pihak pengeluar Pepero dapat memberikan kerjasama untuk menjalankan ujian halal terhadap produk mereka melalui Halal Malaysia seterusnya memberikan status halal. Ini tentulah dapat menguntungkan rakyat malaysia mahupun pengeluar produk tersebut di Korea. Semoga artikel ini bermanfaat untuk rujukan. Terima kasih.

(Visited 198 times, 1 visits today)

Comments

  1. […] anda yang kecewa dengan ketidakjelasan status halal Pepero, bolehlah cuba hasilkan sendiri biskut pepero yang mudah dan sedap ni mengikut resepi yang […]


LIKE KAMI DI FACEBOOK