Apr 282014
 

“Woi Ramli, bangun la. Matahari dah tegak atas kepala ni.” Cikang menjerit sambil menggegarkan bahu aku. Pantang nampak aku senang, ada je suara mamat ni.

“Ko nak apa? Kan hari ni Ahad. Bagi la aku qadha tidur yang terbantut masa kerja hari tu.” Aku membalas macam bos yang marahkan pekerjanya. Ye la sapa tak marah kalau time tido nak memokak je tak habis-habis.

“Relax ar bro. Aku tengok ko ni hensem plak hari ni. Aaron Aziz pun tak hensem macam ko. Nih, kunci kereta ko mana, Li? Aku nak pinjam kereta ko jap. Hehehe” Tanya Cikang dengan muka kasihan macam peminta sedekah.

Tudiaa

Reaksi aku bila kena puji. Keh3..

“Tudiaa puji kemain. Puji ada makna rupanya. Erm.. tak pernah-pernah ko nak pinjam kereta aku. Apa kes?” 

“Alaa awek aku nak datang Melaka japgi. Takkan nak bawak dia jalan-jalan pakai moto cabuk aku tu kot? Tak macho la. Kunci kereta ko mana, Li?”

“Ermm. Ko ni reti tak bawak keta aku? Cam tak caya je ko ni.” Saja ja aku nak test dia sebab dia ni baru dapat lesen P setelah dua kali fail ujian memandu. Kah3!

“Ish ko ni. Mentang-mentang aku ni baru dapat lesen kereta. Kalau ko nak tau semua jenis kereta aku tau bawak. Kereta kancil, kereta sorong, kereta api, kereta mainan. Tapi ada satu kereta je aku tak boleh bawak. Kunci kereta ko mana, Li?” Lancar je ayat si Cikang ni. Dia ni kalau bercakap memang nombor satu.

“Pulak?! Kereta apa ko takleh bawak?”

“Kereta rosak la bro. Hahaha! Weh, kunci kereta ko mana, Li??!!” Balas Cikang macam orang sasau kena santau sebab dari tadi aku tak layan soalan dia. Kah3..

“Ceh mengabehkan bogheh jo layan ko ni. Tu hah kunci kereta ada dalam laci meja aku tu. Minyak isi penuh tau.” Kata aku sambil menarik kembali selimut menutupi kepala.

“Baik bos! Trimas!” Cikang terus blah dengan hati yang gumbira sebab nak jumpa awek dia. Lantak la janji aku boleh tidur dengan aman dalam rumah ni. Jom sambung tidur!

Smart driver

Kereta ‘sport’ kesayangan aku. Dari utara ke selatan ke utara balik naik kereta ni la. Selesa baq hang. Tak rasa lenguh langsung. Minyak pun jimat. Laju pun laju.

 

* * * * * * * * * * * * * *

 

Bunyi pintu rumah terbuka memecah kesunyian dan kedamaian masa tidur aku. Dah macam bunyi rumah kena rompak. Aku ambik handphone sebab nak tengok waktu. Jam kat handphone menunjukkan dah pukul 7.30 petang. Lamanya aku tidur hari ni. Tiba-tiba si Cikang ni masuk bilik aku dengan muka yang sedih.

Cikang masuk bilik

Bayangan Cikang yang takkan aku lupakan..

“Bro. Aku ada benda nak bagitahu ko ni.” Suara Cikang menerjah telinga aku.

“Ko okay tak? Awek ko dah balik KL ke?”

“Awek aku… Ermm kereta ko ada problem sikit la.” Balas cikang macam takde semangat je.

“Hah!! Ko jangan buat pasal. Tu kereta bapak aku tu. Mampus!”

“Ye bro. Aku datang ni nak minta maaf sangat-sangat. Kitorang eksiden. Kereta ko remuk. Ada lori himpit aku dan aku terlangar divider. Awek aku… dah takde bro.” Cikang lantas menekup muka dia macam nak menangis.

“Allah.. Abis tu kenapa ko macam takde apa je ni? Tak cedera pun.”

“Sebenarnya aku pun terkorban dalam kemalangan tu.”

“Ko biar betul bro! Erkk ni aku tengah cakap dengan siapa ni?” Tiba-tiba bulu roma aku meremang. Dalam bilik aku yang agak-agak malap tu aku dapat lihat bayangan Cikang makin lama makin hilang.

“Sebelum aku pergi aku nak bagitau satu perkara penting kat kau.” Cikang bersuara kembali.

Aku terdiam. Tak mampu berkata apa-apa. Otak aku masih blur. Dengan kawan baik aku ni yang terkorban dalam kemalangan, tiba-tiba datang bayangan dia, yang pasti kereta bapak aku sure dah total lost, apa aku nak jawab dengan bapak aku nanti? Aku jadi keliru. Kaku.. Lemahnya rasa.

“Ramli. Ingat ni. Sebelum ko nak bagi aku pinjam kereta… atau ko nak guna kereta tu.. tolonglah..” Suara Cikang kelihatan tersekat-sekat dan agak sedih. Aku pula hanya menanti setiap patah demi patah yang keluar dari bayangan beliau.

“Tolonglah, Li! Ko kena ingat benda ni sampai bila-bila, Li. TOLONGLAH RENEW DULU ROAD TAX TU!! K, BYE!” bayangan Cikang hilang begitu sahaja.

Aku tercengang dan tiba-tiba pandang aku gelap kembali. Aku pengsan kerana otak aku makin lemah dan terlalu serabut macam sabut kelapa yang dikoyak-koyak dari buahnya..

 

* * * * * * * * * * * * * *

 

“Woii periuk! Ko tidur apa sampai maghrib ni. Ular sawa sungguh kau ni.” Macam kenal suara ni…

“Eh Cikang!!! Ko okay tak? Ko cedera tak? Awek kau hidup lagi tak?” Aku bangun menerjah ke arah Cikang.

“Tu diaaa. Hantu lampin mana dah rasuk ko ni. Awek aku hidup lagi la. Ko baik-baik sikit. Ni mesti ko ada mimpi awek aku ni. Berani ek ko nak try awek aku!” Balas Cikang yang sememangnya bermulut mengalahkan peserta pidato kebangsaan.

LIHAT JUGA:  Jom Join Contest : Note untuk Aisumi

“Tadi bukan ko cakap ko eksiden ke? Kereta aku bukan remuk ke? Pastu siap suruh aku renew road-tax segala bagai tadi, apa kes?”

“Hah tu la tido lagi macam orang nak mampus. Kan dah mimpi bukan-bukan. Padan muka. Hahahah!” Setempek Cikang tembak ayat pedih dia kena dahi aku. Hampeh betul mamat ni.

“Ceh! Mimpi rupanya aku ni. Adeh..” Kata aku sambil menggaru kepala yang tak gatal.

“A’ah ko ada cakap pasal road tax kan. Tu hah kereta ko punya road-tax mati hari ni. Tadi akak polis yang comel tu tegur aku. Aku rasa dia tegur aku sebab aku hensem kot. Siap bagi nombor telefon lagi ajak aku kahwin. Nasib baik ada awek aku kat sebelah, kalau tak dah lama aku tackle akak polis tu. Hahaha!”

Sembang muhong

Reaksi aku bila dengar si Cikang ni bercerita. Kah3..

“Ceh sembang muhong ar ko ni.. Ouh road-tax aku dah mati ke? Innalillah.”

“Pastu ni hah awek aku suruh ko renew guna perkhidmatan Smart Driver ni. Senang bro kalau nak perbaharui cukai jalan dan insuran kereta secara online. Ko tak payah nak ambik cuti segala bagai. Pastu tak payah nak pergi pejabat pos tunggu berjam-jam macam tunggu wujudnya awek ko yang tak pernah ada tu.” Laju je cikang ni memuntahkan ayat dia.

“Pekebende ko merepek ni? Siap ada pakej perli aku lagi. Kereta pun takde, dah bising mengarah aku macam-macam. Mengalahkan bos aku je.”

“Ko diam la periuk. Dengar dulu aku nak jadi salesman tak bertauliah ni.” Balas si Cikang macam dalam parlimen Malaysia.

Smart Driver

Ni la logo Smart Driver yang Cikang tengah bising-bising tu

“Dengan Smart Driver ni ko isi borang, lepas tu diorang akan bagi sebut harga melalui sms atau email, bila ko dah bayar online ke pakai mesin ke, last sekali terus diorang hantar road tax tu kat ko secepat mungkin. Senang cerita. Bukan tu je, diorang siap ada bagi hadiah dan free gift sekali. Dah ramai dapat. Ada yang dapat voucher Kenny Rogers, ada yang dapat membership Starbuck, dan macam-macam lagi la hadiah yang menarik diorang bagi.” 

renew roadtax dan insurance online”

Langkah-langkah renew roadtax dan insurance online”

“Wahh! Thorbaik laa! Macam nak guna benda alah yang ko kata tu?” tanya aku macam budak tingkatan 3 baru belajar pasal pembiakan. Kah3..

“Tak susah pun. Ko klik je link kat sebelah ni –> BORANG DAFTAR SMART DRIVER

“Eh boleh pulak main klik-klik kat sebelah.”

“Mesti la boleh. Apsal tak bole pulak? Kan kita keluar kat blog Fitrihadi.com ni.”

“Ye tak ye gak. Erm pastu dah klik tu kena buat apa?”

“Pastu isi la borang tu. Takkan nak tunggu borang tu isi sendiri pulak”

“Erm kalau aku nak renew road-tax motor aku yang tamat bulan 10 ni macam mana?”

“Kalau road-tax ko lambat lagi nak tamat, takpe ko isi je borang yang ni pulak –>. Agak-agak road-tax ko dah dekat nak tamat nanti diorang hubungi la ko untuk tolong renew kan. Kan mudah je tu.” Balas si Cikang ni sambil mengangkat ibu jarinya macam gaya iklan kecantikan kak ton.

“A’ah mudah mudah mudah!”

“Lagi satu diorang ada bagi sehingga 15% potongan harga ke atas NCD sedia ada. Ko cek la sendiri kat link sebelah ni –> Smart Driver Sweet Dicount 2014 campaign. Tapi promosi ni dah berakhir 31 Mac lepas daa..” Kata Cikang disertai dengan muka 10 sen tahun 1971 yang berkarat tu.

“Lohh ye ke! Melepas! Ni semua salah admin fitrihadi.com la sebab lambat buat entry ni. Pasni kita boikot la blog dia.” Aku mencelah..

“Bagus idea tu. Boikot la blog dia. Blog dia tak mena..[error 404 not found]

_ _ _ _ _ _

P/s: Cerita terpaksa dihentikan kerana masalah server. Segala kesulitan amat dikesali.

Fit: Opsss! Sebenarnya diorang ni bukan tau apa pun. Dah la tak tahu apa-apa pastu suka hati kutuk orang lain pulak.

Pasal diskaun 15% tu sebenarnya masih boleh dapat lagi tapi kena pre-book lah. Yang penting korang kena isi borang daftar Smart Driver ni pastu pilih ‘I wish to pre-book 15% discount on next renewal…” kat bahagian Renew Option tu. Senang je. Jadi bila sampai masanya road-tax anda nak mati, pihak mereka akan hubungi anda untuk urusan renew road-tax dan anda akan mendapat diskaun 15% harga ke atas NCD. Kan terbaik tu.

Berikut adalah jadual diskaun yang akan mereka berikan:

diskaun 15% ncd kereta

Untuk pengetahuan, ada syarat-syarat layaknya iaitu:

  • Tahun pembuatan kereta mestilah tidak lebih daripada 13 tahun atau di antara 2001-2014.
  • Kempen ini hanya layak untuk insurans kereta dan cukai jalan yang tamat pada 2014.
  • Diskaun ini hanya boleh didapati dalam tempoh  1 Mac 2014 sehingga 31 Mac 2014.
  • Diskaun pra-tempahan hanya terpakai semasa tempoh kempen.
  • Minimum caj penghantaran  akan dikenakan .
  • Salinan geran kereta diperlukan  untuk memproses permohonan.
  • Proses akan dibuat apabila pelanggan telah membuat pembayaran.
  • Nota perlindungan insuran dan cukai akan dihantar dalam  masa 2-3 hari bekerja.

Artikel ini dibawakan khas untuk anda oleh RichPlan Management. Mereka adalah sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan memperbaharui insuran dan cukai jalan secara online dengan tujuan untuk memudahkan urusan anda tanpa perlu anda keluar ke mana.

(Visited 160 times, 1 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK