Apr 212014
 

Awal pagi semalam telah berlaku satu pendaratan cemas semua pesawat penumpang MAS iaitu MH192. Pesawat tersebut dikatakan berpatah balik kerana mengalami masalah gear pendaratan.

(Gambar) Sepanjang Insiden Pendaratan Cemas Pesawat MH192

Beberapa gambar dari Bernama turut dikongsi bersama: 

(Gambar) Sepanjang Insiden Pendaratan Cemas Pesawat MH192

 

(Gambar) Sepanjang Insiden Pendaratan Cemas Pesawat MH192

 

(Gambar) Sepanjang Insiden Pendaratan Cemas Pesawat MH192

 

(Gambar) Sepanjang Insiden Pendaratan Cemas Pesawat MH192

 

(Gambar) Sepanjang Insiden Pendaratan Cemas Pesawat MH192

 

(Gambar) Sepanjang Insiden Pendaratan Cemas Pesawat MH192

 

(Gambar) Sepanjang Insiden Pendaratan Cemas Pesawat MH192

 

(Gambar) Sepanjang Insiden Pendaratan Cemas Pesawat MH192

Berikut adalah berita yang dikongsikan:

MH192: Polis siasat kemungkinan wujud unsur sabotaj

PUTRAJAYA: Polis akan menjalankan siasatan terperinci termasuk kemungkinan wujud unsur sabotaj terhadap semua insiden yang melibatkan Malaysia Airlines (MAS), kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Ia ekoran insiden terbaharu melibatkan pesawat MAS MH192 yang membuat pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) awal hari ini pada saat misteri kehilangan pesawat MAS MH370 masih belum terjawab, katanya.

“Kita akan mengambil langkah yang sepatutnya untuk menyiasat semua perkara berkaitan,” katanya dalam sidang media selepas pelancaran Persidangan Akademi Persatuan Polis Antarabangsa (Interpa) kali ketiga di sini hari ini.

Majlis tersebut dilancarkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan turut dihadiri Presiden Interpa Prof. Dr. Remzi Findikli.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan kenyataan pemangku Menteri Pengangkutan yang juga Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, yang meminta pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) khususnya Cawangan Khas Bukit Aman, untuk menyiasat sebarang kemungkinan berlakunya sabotaj terhadap MAS.

Pesawat MH192, yang bertolak ke Bangalore, India, dengan membawa 159 penumpang serta tujuh anak kapalnya melakukan pendaratan kecemasan selepas pesawat itu mengalami masalah pada gear pendaratan.

Pesawat itu yang berlepas dari KLIA pada 10.09 malam tadi dan mendarat dengan selamat pada 1.56 pagi ini.

Kecekapan juruterbang pesawat itu yang melakukan pendaratan dengan baik dan lancar mendapat pujian penumpang pesawat berkenaan.

Pesawat MH370, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal itu, pula hilang daripada radar kira-kira sejam setelah berlepas dari KLIA pada pukul 12.41 tengah malam 8 Mac lepas ketika berada di Laut China Selatan. Ia dijadual mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama. via Astro Awani

(Visited 21 times, 1 visits today)
LIHAT JUGA:  (Berita) Harga Minyak Ron97 Naik 5 Sen Mulai 8 Januari

LIKE KAMI DI FACEBOOK