Apr 032014
 

Agak mengejutkan apabila mendapat berita bahawa beberapa pelancong dari China dikatakan diculik lelaki bersenjata di Sabah.

pelancong china diculik lelaki bersenjata

Berikut adalah perkongsian yang diterima:

Seorang pelancong China dan seorang pekerja sebuah pusat peranginan telah diculik di Sabah oleh kumpulan lelaki bersenjata.

Menurut laporan West China Metropolis Daily, ia berlaku di Singamata Reef Resort malam tadi. 

Akhbar tersebut memetik pengurus hotel tersebut yang hanya dikenali sebagai Vicky berkata lima hingga enam orang bersenjata menyerbu pusat peranginan itu pada kira-kira jam 10.30 malam dan lari dengan menaiki bot sejurus kemudian.

Pelancong wanita China itu dikenali sebagai Gao Huayun yang berusia dalam 20-an dari Shanghai manakala pekerja wanita hotel tersebut adalah rakyat Filipina.

Gambar menunjukkkan para pelancong berkumpul di sebuah bilik makan, dan mereka dikawal oleh anggota pasukan keselamatan Malaysia yang beruniform dengan rifel dan memakai baju kalis peluru.

Lagi gambar kejadian dan kekecohan di bawah:

LIHAT JUGA:  (Awas) Budak Tipu Minta Derma Untuk Pusat Tahfiz Palsu

pelancong china diculik lelaki bersenjata 2

 

pelancong china diculik lelaki bersenjata 2

 

pelancong china diculik lelaki bersenjata 2

 

pelancong china diculik lelaki bersenjata 2

pelancong china diculik lelaki bersenjata 02

 

KOTA KINABALU – Seorang pelancong dari China dan seorang pekerja resort berasal dari Filipina dilarikan oleh sekumpulan lelaki di sebuah resort di Pulau Singgahmata, bersebelahan Pulau Bum-Bum Semporna, dekat sini, malam tadi.
Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) Datuk Mohammad Mentek mengesahkan kejadian itu yang berlaku pada kira-kira pukul 10.30 malam.
“Kita menyerahkan perkara ini kepada polis untuk membuat siasatan lanjut dan seterusnya memberi laporan penuh,” katanya dalam satu kenyataan ringkas di sini, hari ini. – Bernama

News via Sinar Harian

(Visited 64 times, 1 visits today)

LIKE KAMI DI FACEBOOK